Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Sambal Telur Hancur Yang Sedap, Ada Tipnya Untuk Bagi Garing. Anak Pasti Suka

Cara Buat Sambal Telur Hancur Yang Sedap, Ada Tipnya Untuk Bagi Garing. Anak Pasti Suka

Kategori: ,
sambal telur hancur

Telur merupakan antara lauk yang sangat enak dan boleh dimasak dengan pelbagai jenis hidangan. Selain telur mata goreng yang dimakan bersama-sama dengan kicap, ada banyak lagi menu simple berasaskan telur yang sangat menyelerakan.

Antaranya adalah Sambal Telur Hancur ini. Nampak dah sedap kan? Nak bagi sambal telur ni lebih sedap ada caranya yang tersendiri tau. Anda perlu goreng dahulu telur tersebut sebelum dimasukkan ke dalam sambal. Nak cuba buat? Jom kita ikuti perkongsian resepi dari ريحان باسهدين. 

Resepi Sambal Telur Hancur Yang Garing Dan Sedap!

Bahan-bahan:

  • Telur
  • Cili kisar
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Sos tiram
  • Sos cili
  • Asam keping
  • Garam dan perasa

Cara Penyediaan:

  1. Masukkan minyak ke dalam kuali secukupnya dan tunggu minyak panas.
  2. Kemudian pecahkan telur dan gorengkan telur tersebut. Kacau-kacau untuk bagi dia hancur. Kalau anda suka garing, boleh goreng dan kacau lama sikit.
  3. Kemudian angkat dan ketepikan.
  4.  Untuk sambal, tumis dengan cili kisar, bawang besar dan bawang putih. Bila dah garing, masukkan sos tiram, sos cili, asam keping, garam dan perasa. Bila dah kacau sebati, masukkan sedikit air.
  5. Akhir sekali, masukkan telur tadi dan kacau sebati.
  6. Siap untuk dihidangkan. 

Mudah sahaja kan nak buat Sambal Telur Hancur ini? Dijamin berselera dan menjilat jari. Oh ya, kalau anda suka pedas, bolehlah masukkan cili padi atau cili api. Pasti akan terasa lebih enak dan menyelerakan.

Kredit: ريحان باسهدين

Baca juga: Cara Buat Telur Cair Yang Mudah & Menyelerakan, Anak-Anak Minta Berkali-Kali. Sedap Sangat!

tags: | |