Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Sambal Tempe Ikan Bilis Agar Rangup Dan Pedas, Boleh Tahan Sampai 2 Bulan!

Cara Buat Sambal Tempe Ikan Bilis Agar Rangup Dan Pedas, Boleh Tahan Sampai 2 Bulan!

Kategori: ,
sambal tempe ikan bilis

Kalau korang nak kelainan dalam sambal bilis korang, cuba buat sambal tempe ikan bilis pula! Pasti kena dengan selera. Ini antara sambal kegemaran ramai tau. Bukan orang Jawa sahaja yang suka. Sambal ni makan dengan nasi memang akan tambahkan selera korang.

Bukan setakat itu, kalau makan ratah pun memang menjadi. Silap haribulan, tak sempat makan dengan nasi, terus habis bila diratah. Jadi, boleh lah buat banyak terus dan simpan dalam balang.

Untuk buat sambal tempe ikan bilis dan kacang, boleh ikut perkongsian Sharinaz Redwan ni. Sambal ni katanya boleh tahan hingga 2 bulan jika betul cara masakannya.

Cara Buat Sambal Tempe Ikan Bilis Agar Rangup Dan Pedas, Boleh Tahan Sampai 2 Bulan!

Bahan-Bahan:

  • 6 peket tempe – hiris nipis, goreng betul-betull rangup.
  • 2 cawab ikan bilis – cuci, goreng bagi rapuh (jika lepas goreng jadi lemau, cuba masuk air fryer, InshaAllah rangup balik.
  • 500 gram kacang tanah – cuci, tos, goreng,

Bahan-Bahan Sambal:

  • 2 senduk cili blend – guna cili kerinting yang pedas lagi sedap.
  • 3 biji bawang merah – kisar
  • 5 ulas bawang putih – kisar
  • 1 ketul gula kabung
  • 4 keping asam keping
  • garam secukupnya
  • minyak goreng tempe

Cara Penyediaan:

  1. Tumis bahan yang dikisar bersama dengan gula kabung dan asam keping, sampai pecah minyak. sambal tempe ikan bilis
  2. Kena masak lama sampai cili garing.
  3. Bila dah garing, tutup air dan biar kejap.
  4. Kemudian letak garam dan boleh masuk tempe, kacang dan ikan bilis yang dah siap digoreng tadi. Gaul hingga rata. sambal tempe ikan bilis
  5. Siap dah boleh makan. Jika nak simpan, letak dalam bekas kering. sambal tempe ikan bilis

Tips Sambal Kekal Rangup & Lama

  • Pastikan sambal betul-betul garing supaya tempe kekal rangup selepas digaul.
  • Sambal ini boleh tahan hingga dua bulan jika sambal betul-betul kering.

Korang boleh lah buat banyak terus, simpan dalam bekas. Buat ratah boleh, makan nasi pun boleh! Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.

Selamat mencuba dan menikmati!

Sumber: Sharinaz Rezwan

Baca juga: Resepi Puding Susu & Bandung, Buat Minum Petang Pasti Laris, Makan Sejuk-Sejuk Lagi Sedap!

tags: | |