Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Sanggar Pappek Atau Pisang Penyet, Makanan Tradisi Orang Bugis Yang Perlu Anda Cuba

Cara Buat Sanggar Pappek Atau Pisang Penyet, Makanan Tradisi Orang Bugis Yang Perlu Anda Cuba

Kategori: ,
Sanggar Pappek

Masakan tradisi Bugis sudah jarang ditemui jadi tak ramai yang mengenalinya. Tapi resepi dan kaedah memasaknya masih wujud dan diamalkan oleh mereka yang berketurunan Bugis.

Antara resepi tradisi Bugis yang masih disediakan adalah Sanggar Pappek atau lebih dikenali sebagai pisang penyet. Sangat mudah, cara untuk menyediakannya telah dikongsikan oleh Teratai Putih di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN).

Resepi Sanggar Pappek Atau Pisang Penyet, Makanan Tradisi Orang Bugis Yang Perlu Anda Cuba

Bahan-bahan

  • Pisang muda yang belum masak
  • Air
  • 1 sudu besar garam
  • 2 hingga 3 ulas bawang putih (dipenyek atau tumbuk)
  • Minyak masak (untuk menggoreng) Sanggar Pappek

Cara-caranya

  1. Kupas pisang. Supaya tak terkena getahnya, kupas di bawah air yang sedang mengalir, terbaik guna air dari paip. Sanggar Pappek
  2. Sediakan setengah besen sederhana besar air paip. Sanggar Pappek
  3. Tambahkan garam bersama bawang putih tadi ke dalam air yang telah disediakan. Sanggar Pappek
  4. Masukkan pisang yang dah dikupas, biarkan 15 hingga 20 minit, agar bawang putih dan garam meresap masuk ke dalam pisang. Ini akan memberi rasa dan aroma yang harum pada pisang. Sanggar Pappek
  5. Kemudian, toskan. Sanggar Pappek
  6. Goreng pisang tadi tanpa dipotong atau dibelah ya. Sanggar Pappek
  7. Bila pisang dah separuh masak, terus angkat. Sanggar Pappek
  8. Sediakan kantung plastik seperti dalam gambar ini. Gunting sedikit kedua suduk kiri dan kanan. Sanggar Pappek
  9. Masukkan pisang 2 biji seperti dalam gambar ini. Kemudian, dipenyek perlahan-lahan. Pastikan pisang dipenyek semasa masih panas agar ia tak pecah-pecah. Sanggar Pappek
  10. Beginilah penyekkan yang sempurna. Sanggar Pappek
  11. Digoreng semula di atas minyak yang panas ya. Goreng sehingga garing. Sanggar Pappek
  12. Inilah rupa sanggar pappek setelah digoreng kali kedua. Siap untuk dihidang bersama sambal. Sanggar Pappek
  13. Sedia untuk dinikmati. Sanggar Pappek

Nampak sedap sangat Sanggar Pappek ini, kan? Kalau anda belum cuba, ikuti resepi ini. Tak perlu susah-susah cari di luar atau di kedai, buat sendiri lebih mudah dan jimat.

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini.

Kredit: Teratai Putih di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Baca Juga: Resepi Pulut Mangga ala Thai, Pencuci Mulut Favorite Ramai Yang Mudah & Sedap Dimakan

tags: | |