Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Sayur Taugeh Ala Chicken Rice Shop. Simple, Mudah & Sedap

Cara Buat Sayur Taugeh Ala Chicken Rice Shop. Simple, Mudah & Sedap

Kategori:
sayur taugeh ala Chicken Rice Shop

Masih tercari-cari idea menu sayur untuk berbuka puasa nanti? Apa kata jom buat sayur taugeh ala Chicken Rice Shop ini.

Siapa yang biasa makan pasti tahu rasanya macam mana, serius sedap! Confirm licin satu pinggan. Selamat mencuba!

Resipi Sayur Taugeh Ala Chicken Rice Shop

Bahan-bahan:

  • 1 kiub pati ayam
  • 1 cawan air
  • Sos tiram
  • 3 sudu kicap
  • 1 sudu minyak bijan
  • 1/2 sudu gula
  • Taugeh
  • Cili
  • Daun bawang
  • Bawang goreng
  • Lada sulah

Cara-cara:

  1. Hancurkan 1 kiub pati ayam ke dalam 1 cawan air.
  2. Masukkan sos tiram.
  3. Seterusnya masukkan kicap dan minyak bijan.
  4. Panaskan kuali, panaskan campuran tadi dan masak sebati anggaran selama 5 minit. Perasakan dengan 1/2 sudu gula.
  5. Celur taugeh 1 minit dalam air panas dan toskan.
  6. Tuangkan kuah tadi ke atas taugeh.
  7. Taburkan juga cili, daun bawang, bawang goreng dan perasakan dengan lada sulah sedikit. Siap!

Kredit: Liza Idris

Baca juga: Resepi Pes Ikan Bakar Ini Pernah Mencapai 14K Perkongsian di Laman Sosial 5 Tahun Lepas

tags: