Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Sira Ubi Kayu Yang Mudah, Confirm Sedap Meletop Kebabom!

Cara Buat Sira Ubi Kayu Yang Mudah, Confirm Sedap Meletop Kebabom!

Kategori:
resepi sira ubi kayu

Ubi kayu merupakan antara makanan orang Melayu lama yang sangat sedap dan mudah. Kebiasaannya orang zaman dahulu menjadikan ubi kayu ini sebagai menu utama selain nasi. Walaupun begitu, kerana kesedapannya itu, ia tidak pernah dilupakan oleh rakyat dan masyarakat zaman kini.

Ubi ini juga sangat terkenal pada musim hujan dan ia sering direbus lalu dicicah dengan kelapa parut. Selain itu, Sira Ubi Kayu juga merupakan antara menu yang patut dicuba oleh kita. Jika tiba musim hujan, makan Sira Ubi ini pasti nikmat teramat sangat. Nak cuba buat? Jom kita ikuti perkongsian resepi dari Lela Dzakir ini.

Resepi Sira Ubi Kayu Yang Mudah, Sedap Serta Menyelerakan

Bahan-bahan:

  • Ubi kayu
  • Gula melaka/nisan/gula merah
  • Sedikit garam
  • Gula putih
  • 1 sb tepung ubi
  • Daun pandan

Cara Penyediaan:

  1. Rebus ubi kayu sehingga empuk.
  2. Apabila ubi sudah empuk, masukkan gula melaka dan sedikit garam.
  3. Kacau-kacau sehingga sebati sehingga menggelegak.
  4. Kemudian masukkan gula putih, daun pandan dan tepung ubi.
  5. Biar lagi sampai menggelegak dan tutup api.
  6. Siap untuk dihidangkan.

Mudah sahaja kan nak buat Sira Ubi Kayu ini? Bagi yang meminati makanan atau pencuci mulut yang manis. Wajib cuba sira ubi ini. Pasti berpuas hati. Namun jangan selalu sangat makan ya, nanti angin dan kandungan gula juga tinggi.

Selamat mencuba!

Kredit: Lela Dzakir Via MAHN

Baca juga: Resepi Puding Buih Yang Amat Sedap & Mudah, Jom Cuba Pencuci Mulut Dari Pantai Timur Ini!

tags: |