Rakyat Malaysia amat menggemari sambal. Sudah wujud sejak dahulu lagi, malah setiap bangsa mempunyai resepi sambal sendiri yang menjadikannya unik dan enak dimakan. Bagi anda yang menggemarinya, sudah tentu tak lengkap mana-mana hidangan jika tak dimakan bersama sedikit sambal.
Bagi anda yang ingin mencuba resepi sambal baharu, boleh cuba menyediakan sepinggan sambal hijau jawa. Resepi ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna di laman Facebook, Azian Syazni Adanan di group Masak Apa Hari Ni (MAHN).
Resepi Sambal Hijau Jawa
Bahan-Bahan
- Segenggam ikan bilis
- 10 hingga 15 biji cili padi hijau (boleh ditambah atau kurangkan mengikut citarasa)
- 1 biji bawang holland atau bawang merah
- 10 ulas bawang putih
- Asam jawa
- Garam
- Gula
- Serbuk perasa (guna yang ini)
- Minyak masak
- Sedikit air
Cara Penyediaan
- Masukkan ikan bilis, bawang holland, cili padi, bawang putih dalam penggisar dan kisarkan bersama sedikit air.
- Kisar sekejap sahaja. Jangan terlalu halus supaya ada tekstur sambal.
- Masukkan minyak masak dalam kuali dan tumis bahan yang telah dikisarkan sehingga pecah minyak, masukkan garam, gula, asam jawa dan perasa. Bagi secukup rasa sambalnya.
- Setelah masak, letakkan sedikit air supaya sambal tidak terlalu kering.
Pastikan anda menggunakan cili padi berwarna hijau untuk mendapatkan warnanya. Hidangan ini mudah untuk disediakan dan hanya menggunakan beberapa bahan sahaja. Bagi penggemar aneka sambal, ianya wajib dicuba. Rasa pedasnya yang menyengit menjadikannya sangat enak dimakan bersama sepinggan nasi putih atau ubi rebus yang telah direbus.
Jangan lupa untuk cuba dan kongsikan resepi ini pada kawan-kawan anda.
Kredit: Azian Syazni Adanan via MAHN