Sotong celup tepung merupakan hidangan sampingan yang menjadi kegemaran ramai. Caranya mudah sahaja untuk menyediakannya tapi ramai yang takut sebab ia akan meletup setiap kali digoreng.
Sebenarnya ada caranya untuk mengelakkan hal tersebut dari terjadi. Anda boleh ikuti resepi dan petua yang telah dikongsikan oleh Awatif Osman di grup Masak Apa Hari Ni (MAHN).
Cara Buat Sotong Celup Tepung Tanpa Letup
Bahan-Bahan
Bahan A
- Sotong
- Bawang putih
- Garam
- Lada sulah
- Cuka
Bahan B
- 1 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan tepung jagung
- Suku cawan tepung beras
- 1 sudu garam
- Sedikit kunyit
- Serbuk lada sulah
- Serbuk lada hitam
Cara Penyediaan
- Basuh dan toskan sotong seketika. Masukkan sesudu dua cuka, resepi ini gunakan cuka kurma. Cuka berfungsi untuk keluarkan air dari sotong, tak perlu banyak.
- Tumbuk halus bawang putih, kacau dalam tos sotong bersama lada sulah dan sedikit garam. Biarkan selama 10 minit.
- Ambil semua bahan B dan kacau semua bahan sehingga rata. Biar kering, jangan tambahkan air.
- Panaskan minyak yang banyak dalam kuali.
- Kacau telur putih dan kuning, jangan terlalu lama. Boleh buat telur ringan dan tepung tak melekat.
- Masukkan sotong tadi ke dalam telur.
- Celup dalam adunan tepung tadi dan goreng. Jangan goreng sotong terlalu lama, nanti sotong jadi liat.
Mudah sahaja, kan? Cuka inilah menjadi bahan rahsia untuk mengelakkan sotong tersebut meletup apabila digoreng. Jadi pastikan anda menggunakannya ketika menyediakannya.
Kredit: Awatif Osman via MAHN
Baca Juga: “Resipi Niaga 15 Tahun,” Lelaki Ini Kongsi Rahsia Tepung Pisang Goreng Yang Rangup