Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Sup Tauhu Telur Simple, 5 Minit Dah Siap!

Cara Buat Sup Tauhu Telur Simple, 5 Minit Dah Siap!

Kategori:

Sudah kehabisan idea nak masak apa untuk sahur dan berbuka? Resipi sup tauhu telur simple ini tepat buat anda kerana masa memasak hanya mengambil masa selama 5 minit!

Tak perlu risau jikalau tersedar sahur lambat sebab resipi ini sangat mudah dan tidak leceh untuk disediakan.

Sesuai juga untuk mereka yang bekerja. Pastinya sudah penat pulang dari kerja dan hanya mahu masak juadah yang tidak menggunakan banyak bahan.

Resipi Sup Tauhu Telur Simple

Bahan-bahan:

  • 3 pek tahu telur
  • 1 pokok brokoli
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji cili merah
  • 2 sdb lada sulah
  • 2 sdb sos tiram
  • 1 sdb tepung jagung + 1 sdb air

Cara-cara:

  1. Potong tahu telur, kemudian salutkan dengan tepung jagung. Gorengkan sampai kekuningan.
  2. Bila dah garing, angkat dan ketepikan.
  3. Baki minyak tadi kurangkan sikit, tumiskan bawang merah dan bawang putih yang dihiris nipis.
  4. Masukkan sos tiram dan air sesuai dengan citarasa. Bila kuah dah mendidih, masukkan pula brokoli, kalau nak letak sayur lain pun boleh.
  5. Masukkan tahu telur goreng tadi dan serbuk lada sulah.
  6. Akhir sekali masukkan cili hiris dan bancuhan air tepung jagung. Biarkan mendidih seketika dan terus tutup api.

Kredit: Umi Watie

tags: