Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Telur Cair Yang Mudah & Menyelerakan, Anak-Anak Minta Berkali-Kali. Sedap Sangat!

Cara Buat Telur Cair Yang Mudah & Menyelerakan, Anak-Anak Minta Berkali-Kali. Sedap Sangat!

Kategori: ,
resepi telur cair

Telur merupakan antara lauk yang sangat popular dalam kalangan kita. Rata-ratanya sangat menggemari telur ini walaupun kedengaran ianya adalah lauk yang biasa. Malah dengan sebiji telur kita dapat menyediakan pelbagai jenis lauk pauk yang begitu menyelerakan. Jika tiada lauk lain, buat sahaja lauk telur, mahu menambah-nambah nasi.

Nak cuba buat resepi telur lain dari lain? Mungkin anda semua boleh cuba Telur Cair ini. Resepi yang sangat mudah dan sedap. Anak-anak pun pasti suka lauk macam ini.

Resepi Telur Cair Yang Sedap Dan Padu!

Bahan-bahan:

  • 5 biji bawang putih | ketuk dan cincang halus
  • 2 biji bawang besar | dimayang
  • Cili padi | ikut tahap kepedasan masing-masing
  • 2-3 sudu cili giling
  • Sedikit kunyit
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil garam gula
  • Telur

Cara Penyediaan:

  1. Tumis semua bahan kecuali telur sehingga naik bau dan sebati.
  2. Kemudian masukkan air ikut kepekatan macam mana.
  3. Pecah telur dan biarkan ia masak seketika. Untuk telur, terpulang kepada anda semua nak masukkan berapa biji.
  4. Tunggu sekejap dan tutup api.
  5. Siap untuk dihidangkan.

Mudah sahaja kan nak buat Telur Cair ini? Makan dengan nasi putih panas-panas memang tak ingat dunia dah. Kalau ada anak-anak anda susah nak makan mungkin boleh cuba lauk ini. Padu, mudah dan sangat menyelerakan!

Selamat mencuba!

Kredit: Nurulrj Naj

Baca juga: Ini Dia Cara Buat Donut Ball Cheese Leleh, Sedap Sangat Dan Memang Lain Dari Yang Lain

tags: |