Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » “Memang Layan..” – Wanita Ini Kongsi Cara Buat Telur Ikan Tenggiri Goreng Kunyit Simple, Sedapnya Tak Boleh Bawa Bincang

“Memang Layan..” – Wanita Ini Kongsi Cara Buat Telur Ikan Tenggiri Goreng Kunyit Simple, Sedapnya Tak Boleh Bawa Bincang

Kategori: ,
Telur Ikan Tenggiri Goreng Kunyit

Telur ikan enak dijadikan gulai lemak atau digoreng sehingga garing. Ia antara lauk makan tengah hari atau malam yang sangat terkenal dahulu tapi kini ramai yang gerun untuk mencubanya kerana tak tahu cara untuk memasaknya.

Jika anda membeli telur ikan yang segar, rasanya sangat sedap! Rugi kalau tak cuba. Kalau tak tahu cara untuk menyediakannya, di sini kami ingin berkongsi resepi telur ikan tenggiri goreng kunyit simple yang telah diolah oleh Nur Fairuza. Jom baca secara lebih lanjut untuk ketahui caranya.

Resepi Telur Ikan Tenggiri Goreng Kunyit Simple, Sedapnya Tak Boleh Bawa Bincang

Bahan-bahan

  • Telur ikan tenggiri (dihiris)
  • Bawang holland (dipotong)
  • Bawang putih (dicincang halus)
  • Lobak merah
  • Kacang buncis
  • Cili merah besar
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • Serbuk perasa – dapatkan di sini

Telur Ikan Tenggiri Goreng Kunyit

Cara penyediaan

  1.  Bersihkan telur ikan. Lumurkan dengan serbuk kunyit dan garam secukupnya, goreng sehingga garing. Telur Ikan Tenggiri Goreng Kunyit
  2. Angkat dan toskan telur ikan. Telur Ikan Tenggiri Goreng Kunyit
  3. Tumis bawang holland sehingga layu. Kemudian tambahkan bawang putih dan halia, goreng sehingga wangi.
  4. Tambahkan sayur-sayuran sehingga sedikit layu, letakkan sedikit serbuk perasa dan garam. Gaul sehingga rata.
  5. Letakkan telur ikan yang digoreng tadi. Gaul seketika dan sedia untuk dinikmati. Telur Ikan Tenggiri Goreng Kunyit

Nampak sedap sangat hidangan telur ikan tenggiri goreng kunyit ini, kan? Kalau dimakan bersama nasi putih dan sambal belacan memang layan. Walaupun ringkas sahaja tapi memang sedap!

Selamat mencuba resepi ini dan jangan lupa untuk kongsikannya pada kawan-kawan anda.

Kredit: Nur Fairuza di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Baca Juga: Wanita Ini Kongsi Resepi Solok Lada Versi Kelantan Ori, Makan Dengan Nasi Dan Ikan Goreng Pun Sedap!

tags: | | |