Terung merupakan sayuran yang kaya dengan antioksidan, mengurangkan risiko penyakit jantung dan merupakan makanan yang baik untuk otak. Pelbagai masakan yang boleh kita sediakan dengan terung ini. Antaranya ialah Terung Masak Lemak Putih ini. Ia merupakan antara menu masakan orang dahulu kala.
Oleh sebab itu kalau orang lama yang menyediakan masakan ini rasanya terlebih sedap. Namun tidak menjadi masalah bagi anda untuk menyediakan Terung Masak Lemak Putih yang sedap tetapi pastikan anda memasukkan lada hitam secukupnya ke dalam masakan anda. Barulah rasanya sedap dan lebih menyelerakan.
Cara Buat Terung Masak Lemak Putih, Masakan Melayu Lama Yang Sedap!
BAHAN-BAHAN:
- 3 batang terung ungu saiz kecil
- Beberapa ulas bawang merah
- Lada hitam
- 2 ekor ikan selayang
CARA PENYEDIAAN:
- Cuci bersih buah terung.
- Panaskan air dan celur sampai sedikut layu. Terpulang siapa suka lembik mana ya. Nak sampai hancur pun tak apa.
- Ketika proses mencelur dilaksanakan. Tumbuk bawang merah beberapa ulas bersama biji lada hitam.
- Bila terung dah kecut. Sepat kulit dia yang boleh. Buang kulit dia yang macam plastik tu supaya nanti kuahnya dapat meresap dengan banyak.
- Setelah bawang dan lada hitam ditumbuk, boleh masukkan isi ikan selayang panggang dan tumbuk sekali ya.
- Panaskan santan. Siapa suka kuah cair, gunakan santan cair. Kalau suka santan pekat boleh guna santan pekat.
- Masukkan hasil tumbukan ikan, bawang dan lada hitam tadi dan aduk sampai kuah masak elok.
- Bila kuah dah masak, masukkan semua perasa yang anda suka. Seperti garam, lada merah, dan lain-lain.
- Akhir sekali masuk terung.
- Siap untuk dihidangkan.
Mudah sahaja kan nak buat Terung Masak Lemak Putih ini? Hidangkan pula bersama-sama dengan ikan goreng garing. Memang padu dan bertambah-tambah nasi nanti. Jadi tunggu apa lagi tu? Jom kita masak sekarang.
SELAMAT MENCUBA!
Kredit: Hajar Mohd
Baca juga: Resepi Kari Ikan Tongkol Hitam Ala Utara, Beraroma Dan Menyelerakan