Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Dia Cara Buat Udang Sos Berempah Kari, 10 Minit Je Dah Siap!

Ini Dia Cara Buat Udang Sos Berempah Kari, 10 Minit Je Dah Siap!

Kategori: ,

Ini dia cara buat udang sos berempah kari. Sangat senang dan sedap. Ambil masa 10 minit sahaja. Kalau bosan asyik makan udang masak merah petai, udang gulai dan udang masak lemak. Apa kata kali ini buat masakan ini pula. Pasti anda makan sehingga menjilat jari!

BAHAN-BAHAN:

  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1@ 2 sudu cili kisar
  • 1/2 paket rempah kari daging
  • 1 sudu sos cili
  • 2 sudu sos tomato
  • sedikit sos tiram
  • Gula
  • Garam
  • Bawang besar | potong bulat
  • Lain-lain sayur kesukaan
  • Udang 7-8 ekor

CARA PENYEDIAAN:

  1. Panaskan sedikit minyak masak.
  2. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga kekuningan.
  3. Masukkan cili kisar
  4. Kemudian masukkan rempah kari bersama sedikit air
  5. Masukkan pula sos cili, sos tomato dan sos tiram supaya sedikit pekat.
  6. Masukkan gula dan garam.
  7. Akhir sekali masukkan bawang besar atau sayur.
  8. Gaul dan masak sekata.
  9. Apabila dah masak boleh tutup api.
  10. Siap untuk dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber: Shahidatul Azwa Kamaruzzaman

tags: