IKEA merupakan salah satu tempat yang sangat sesuai dikunjungi oleh semua orang. Selain menyediakan pelbagai perabot serta perkakasan rumah yang cantik, IKEA juga turut menyediakan makanan yang sedap dengan harga yang sangat berpatutan.
Pasti ramai yang teringat-ingat Meatball IKEA dan aiskrimnya. Bukan sahaja harganya yang murah malah rasanya juga sangat sedap. Memang puas hati sangat jika pergi ke IKEA dan mencuba makanan di sana.
Namun ramai kan dalam kalangan kita yang tidak tahu cara yang betul menggunakan mesin aiskrim IKEA. Memandangkan di sana menggunakan servis layan diri. Di mana kita perlu membeli token dan masukkan ke dalam mesin dan ambil lah sendiri aiskrim tersebut.
Cara Ambil Aiskrim Di Mesin Aiskrim IKEA
- Letak kon aiskrim dekat mesin.
- Beli token dekat bistro dan masukkan token dalam mesin.
- Kemudian tekan butang tengah yang berwarna putih.
- Tunggu dia naik sendiri, waktu ni jangan tahan mesin tu untuk dapatkan aiskrim yang banyak. Merepek je semua tu.
- Siap boleh dimakan.
Nak lebih terperinci lagi, korang boleh tengok video yang dikongsikan oleh @dapodaaa di bawah ini.
@dapodaaa Cara amik ice cream dekat ikea #ikea #blackpink #Nowyouknow
@dapodaaaCara amik ice cream dekat ikea ##ikea ##blackpink ##Nowyouknow♬ Ice Cream (with Selena Gomez) – BLACKPINK
Senang sangat kan nak menggunakan mesin aiskrim IKEA ini? Mungkin bagi korang yang masih lagi takut-takut atau tidak tahu menggunakan mesin ini, bolehlah jadikan ini sebagai rujukan.
Semoga bermanfaat!
Kredit: TikTok dapodaaa
Baca juga: Buat Sendiri Pun Mudah, Jom Cuba Resepi Bebola Daging Pedas Mongolia! Tak Perlu Ke Ikea Dah!