Sememangnya kehadiran lipas dan kabinet dapur sungguh tak menyenangkan. Terutamanya di tempat stok makanan dan juga pinggan mangkuk kerana haiwan kecil ini kotor dan penuh dengan kuman.
Kalau nak guna penyembur atau ubat gegat, risau bahan makanan dan pinggan mangkuk yang disimpan berbau kimia pula. Jadi, kalau nak selamat boleh cuba cara yang lebih mudah iaitu menggunakan rempah ratus.
Yang penting, tiada bahan kimia dan tidak perlu mengeluarkan modal kerana hanya guna bahan yang sedia ada di rumah. Lihat perkongsian oleh Ummi As di bawah, dia sudah menggunakan cara ini selama 3 bulan dan memang terbukti berkesan.
1. Ambil rempah empat sekawan – kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih. Lebihkan bunga cengkih dan buah pelaga.
2, Masukkan dalam kain net dan ikat bunjut. Buat 3-4 bunjut rempah ini dan letak di dalam kabinet dapur. Boleh tambah rempah jika baunya sudah hilang.
3. Sebelum masukkan bunjut rempah ini, sebaiknya bersih dan lap dulu kabinet.
INFO: Rempah ratus mempunyai bau-bauan yang kuat dan tidak disukai lipas.
Sumber: Ummi As