Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Ada Pokok Cili Dekat Rumah? Ini Cara Hasilkan Racun Organik Guna Lebihan Nasi, Cili Makin Lebat Berbuah!

Ada Pokok Cili Dekat Rumah? Ini Cara Hasilkan Racun Organik Guna Lebihan Nasi, Cili Makin Lebat Berbuah!

Kategori:

Sebagai penggemar masakan yang lebih ‘kick’, pasti ramai yang memilih untuk tanam pokok cili padi di rumah.

Dalam menjaga pokok cili, kita juga perlu berikan perhatian yang lebih bagi mengelakkan serangan serangga perosak.

Ada yang memilih jalan mudah dengan membeli racun kawalan serangga yang dijual di pasaran. Namun, tak semuanya selamat untuk digunakan kerana kandungan bahan kimia yang boleh menjejaskan kualiti pokok.

Jadi, apa kata kita buat sendiri racun organik di rumah. Lebih selamat dan sangat mudah untuk dihasilkan!

Racun ini bukan saja dapat melindungi pokok daripada serangga, malah boleh membantu tanaman jadi lebih subur dan lebat berbuah!

Menurut Tieock Eng, pokok cilinya lebih subur dan berbuah lebat bila disembur dengan racun buatan sendiri. Selain untuk pokok sayuran, racun organik ini juga boleh digunakan pada pokok bunga.

Jom kita tengok cara  hasilkan racun organik guna lebihan nasi yang dikongsikan di Facebook.

Cara Hasilkan Racun Organik Guna Lebihan Nasi, Lebih Selamat dan Pokok Cili Makin Rancak Berbuah!

  • Ambil tiga senduk nasi dan ramas-ramaskan.
  • Masukkan nasi tadi ke dalam botol plastik dan campurkan dengan air cucian beras yang pertama. Jangan isi sampai penuh, ya. Takut meletup pula.

Racun Organik

  • Kemudian, peramkan selama seminggu atau lebih.
  • Racun organik siap untuk diletakkan dalam botol semburan dan sedia untuk digunakan. Tak perlu campur air pun!

Racun Organik Racun Organik

Menurut Tieock Eng, kaeadah kawalan serangga yang diamalkan ini dapat menjamin sayur-sayurannya lebih selamat dimakan dan bebas bahan kimia.

Racun semburan ini juga boleh digunakan secara rutin dan sangat berkesan untuk merawat pokok yang sering didatangi ulat putih.

Wah, menariknya tips yang dikongsikan. Lepas ni, tak perlulah berhabis duit beli racun serangga untuk tumbuhan.

Cara ini bukan saja menjimatkan, malah kualiti tanaman juga lebih terjamin. Kita juga akan rasa lebih yakin untuk nikmati hasil cucuk tanam sendiri. Pokok pun makin lebat!

Jom cuba cara buat racun organik seperti yang dikongsikan. Tak rugi kalau nak cuba tips ni. Guna lebihan nasi saja!

Sumber : Tieock Eng via Berkebun di Laman Rumah

tags: | |