Pernahkah anda menghidap penyakit ketuat? Ketuat merupakan sejenis penyakit kulit. Kawasan yang dijangkiti akan timbul secara membulat dan menjadi keras. Kebiasaanya orang kampung akan memanggilnya ketuat nasi. Ianya adalah disebabkan oleh virus dan boleh menjangkiti orang lain sekiranya dibiarkan berlarutan.
Ianya boleh merebak melalui sentuhan. Kebiasaanya kawasan yang sering dijangkiti adalah tangan, kaki dan jari. Anda sedang menghidap penyakit kulit ini? Jom cuba cara yang dikongsikan oleh Nurul Nazariah ini.
Hanya menggunakan 2 bahan sahaja iaitu daun kesum dan garam. Kemudian tampal. Dalam masa beberapa hari sahaja ketuat tersebut akan hilang.
Terdetik nak share 1 petua untuk hilangkan KETUAT. Sis dah cuuba buat pada diri sendiri dan berkesan. Sekarang sis buat experimen pada anak bujang sis. Hasilnya ketuat hilang. Sis dah tulis step by step pada gambar. Semoga bermanfaat. Selamat mencuba!
Jadi boleh guna cara ini untuk hilangkan ketuat pada tangan, jari atau pun kaki anda. Bahan yang digunakan sangat mudah untuk dapatkan. Kalau tanam sendiri boleh je petik terus. Jangan lupa ya kongsikan kepada kenalan anda juga. Mungkin mereka sudah buntu macam mana cara nak hilangkan ketuat tu.
Kredit: Nurul Nazariah
Baca juga: Penawar Katarak Dan Rabun Mata, Ustaz Rosdi Kongsi Petua Mudah Menggunakan Bunga Ini Sahaja.