Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, anak-anak semua duduk di rumah. Sebenarnya inilah masa ibu bapa untuk ajar anak buat kerja rumah terutama kepada anak yang masih kecil.

Memang agak susah untuk meminta anak-anak sukarela melakukannya. Kena ada cara yang seronok dan sesuai barulah jalan.

Ini daripada Puan Farhana Ibrahim di laman sosial Facebook ini boleh digunakan oleh ibu bapa lain.

Melatih anak mengira dan konsep jual beli

Selain menggalakkan anak buat kerja di rumah walaupun kerana upah, ia juga melatih anak mengira dan juga konsep jua beli. Tidak mustail anak berebut buat kerja rumah sebab nak membeli.

Buat kerja – dapat upah – boleh beli

Disebabkan PKP dipanjangkan lagi, maka ummi ambik peluang buka ‘kedai’ dalam rumah ni..

Sapa buat kerja, dapatla duit Jutaria. 

Pastu kumpui2, boleh la mai singgah kedai ummi. Tapi.. tapi setiap anak ada had membeli jgk la especially utk keropok. 

Sekadar mencari aktiviti bersama dengan anak-anak. 3 lelaki 1 perempuan.

Dalam depa dok mengulangkaji & buat aktiviti, ummi pn dpt la kurangkan sikit, tugas mengemas rumah tu kan.

 

Sumber: Farhana Ibrahim (Facebook)

(This post has been visited 325 times!)