Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Sakitnya Tengok..” Cara Lelaki Ini Menyiang Ikan Undang Kecaman Dari Warganet

“Sakitnya Tengok..” Cara Lelaki Ini Menyiang Ikan Undang Kecaman Dari Warganet

Kategori:
IKAN

Setiap haiwan perlu dilayani dengan penuh perikemanusiaan. Meskipun merupakan makanan bagi golongan manusia, kita harus menjaga dan melayani mereka dengan elok. Nyawa mereka perlu juga dihargai, jadi ada cara tertentu untuk menyembelihkannya supaya mereka tidak berada dalam kesakitan.

Menyiang Ikan Yang Masih Hidup, Sedih Pula Dilihat

Seorang pengguna, pelangidesa, tidak berhenti dikecam oleh warganet gara-gara memuat naik sebuah video pendek di laman TikTok. Dikatakan kejam, video tersebut memaparkan aksi seorang lelaki yang menyiang ikan yang kelihatan masih lagi bernyawa dan bergerak-gerak.

Lelaki yang melakukan perkara tersebut kelihatan senang, malah masih lagi sempat tersenyum. Akhirnya, ikan tersebut berhenti bergerak setelah dipotong pada beberapa bahagian.

@pelangidesa♬ Joget Pahang – Siti Nurhaliza

Tak Rasa Bersalah Buat Sebegitu Pada Ikan Itu?

Di ruangan komen, jelas warganet berasakan tindakan yang dipaparkan amatlah kejam dan tidak sewajarnya dilakukan pada haiwan tersebut kerana seolah menyeksakannya.

IKAN

Perkara Biasa?

Namun, ada individu yang tampil mempertahankan tindakan lelaki tersebut. Dikatakan perkara yang biasa dilakukan oleh penjual ikan, orang ramai tidak sewajarnya panik.

IKAN

Nak tengok pun rasa tidak sanggup, kan? Bagi mereka yang berhati lembut dan pencinta haiwan, perkara sebegini amatlah tidak boleh diterima akal. Tengok lama-lama pun boleh menitis air mata bila terbayangkan haiwan tersebut yang berada dalam kesakitan.

Meskipun ia merupakan perkara yang biasa terjadi di pasar, orang ramai memohon agar para peniaga lebih berhati-hati apabila menguruskan haiwan. Tak sampai hati pula bila dibayangkan.

Kredit: TikTok pelangidesa

Baca Juga: “Memang Hari-Hari Bersedekah, Tauke Paling Sempoi.” Lelaki Ini Bersyukur Dapat Majikan Yang Baik Hati & Pemurah, Meskipun Berbeza Kaum.

tags: |