Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Tip Makanan & Dapur » Perap Daging Dengan ‘Baking Soda’ Boleh Lembutkan Daging? Biar Betul??

Perap Daging Dengan ‘Baking Soda’ Boleh Lembutkan Daging? Biar Betul??

Kategori:
Lembutkan Daging

Umum sudah tahu, salah satu cara untuk lembutkan daging adalah dengan memotong daging mengikut lawan arah urat. Dengan cara ini dapat meningkat luas permukaan interaksi dengan haba.

Selain itu, perap daging dengan baking soda juga boleh melembutkan daging! Kerana dari segi sains, soda bikarbonat mempunyai bahan aktif yang dipanggil ion bikarbonat yang mampu melembutkan daging. Baking powder juga boleh melembutkan daging, tetapi kandungan bahan aktif dalam baking powder hanya sebanyak 25% berbanding baking soda iaitu sebanyak 100%.

Nak tahu cara lembutkan daging dengan baking soda? Jom ikuti perkongsian oleh Dr. Fatimah Salim yang merupakan seorang ahli kimia.

Saya kehabisan stock baking soda. Yang ada cuma baking powder. Sebab saya tahu bahan aktif dalam melembutkan daging ialah ion bikarbonat, dan saya juga tahu kandungan bikarbonat dalam baking powder adalah cuma 25% (1/4) daripada baking soda (100%), maka saya mandikan terus perapan daging dengan baking powder yang banyak.

Cukup 15 minit, basuh bersih saja baking powdernya dengan air. 

Berubah rasa tak?

Kalau dah cuci bersih, tak berubah rasa. Nak pastikan semua bikarbonat dah keluar daripada daging, tiada rasa licin-licin kat tangan.

Menu daging masak lada hitam!

Kalau biasa baking soda, suku sudu, yang ini satu sudu sebab nak pastikan cukup ion bikarbonat untuk lembutkan daging.

Petua vs sains lembutkan daging

Sumber: Dr. Fatimah Salim

tags: | |