Lemang merupakan hidangan tradisional yang digemari ramai. Memandangkan proses penyediaannya bukanlah sesuatu yang mudah, ia hanya sering dinikmati pada Hari Raya atau majlis tertentu.
Selain boleh dimakan dengan begitu sahaja, lemang juga boleh dinikmati dengan beberapa cara. Selalunya ramai yang gemar memakannya bersama sedikit rendang, sambal atau serunding. Ramai percaya bahawa cara itu merupakan cara paling terbaik untuk menikmatinya.
Setiap orang mempunyai selera yang berbeza. Jadi tak salah jika mempunyai cara tersendiri untuk menikmati lemang. Namun jika ianya terlalu ‘pelik’, sudah tentu ramai yang akan berasa triggered melihatnya.
Terbaharu, seorang lelaki memuat naik sebuah video di laman TikTok dengan niat untuk mengusik orang ramai. Mempunyai beberapa lemang di rumah, dia telah memotongnya untuk dinikmati.
Namun caranya sangat berbeza dari yang lain. Bukan dengan rendang atau serunding, caranya makan lemang dicicah dengan gula sememangnya merupakan sesuatu kelainan dan jarang dibuat orang.
Menurutnya, video itu dimuat naik bagi membuat mereka yang bukan dari Kelantan untuk berasa triggered. Tambahnya, rasa lemang itu pula lebih manis bila dinikmati dengan cara itu.
@afifatmam_manis2♬ original sound – zizanrazak869
Menjengah di ruangan komen, ‘misi’ lelaki itu jelas berjaya dan ramai juga yang berasa terkejut melihat caranya memakan lemang tersebut. Tak pernah dilihat, mereka berasa sangat tidak berpuas hati dengan caranya.
Ada juga yang berkongsi cara unik mereka menikmati hidangan tersebut. Bukan gula, nampaknya cara mereka lebih pelik dari lelaki itu.
Lemang sememangnya sedap dinikmati dengan pelbagai cara. Bagi mereka yang suka makanan yang agak manis, bolehlah cuba cara yang telah dikongsikan oleh lelaki ini. Sedap tapi ringkas sahaja.
Jadi, janganlah kita terlalu serius dan cepat mengkritik seseorang hanya kerana mereka mempunyai cara tersendiri untuk menikmati hidangan mereka. Semua orang ada cara masing-masing, yang penting boleh dimakan.
Kredit: afifatmam_
Baca Juga: Cikgu Rasa Macam Nak Nangis, Terharu Terima Hadiah Istimewa Dari Salah Seorang Murid Pada Hari Guru