Pisang adalah salah satu buah paling popular di dunia kerana ia dikenali disebabkan rasanya yang enak apabila dimakan begitu sahaja.
Teksturnya yang lembut, isinya yang manis dan mengandungi nutrisi tinggi sangat sesuai untuk dijadikan makanan sampingan yang menyihatkan kerana ia juga tinggi dengan fiber.
Bercerita mengenai pisang, baru-baru ini tular sebuah video yang menunjukkan seorang influencer wanita sedang menunjukkan cara-cara makan pisang menggunakan sudu dan garfu sehingga mencetuskan debat dalam kalangan warga internet.
Influencer Wanita Ajar Cara Makan Pisang “Like a Queen”, Tarik Perhatian Orang Ramai
Menerusi video yang dimuat naik oleh Jamila Musayeva, dia menunjukkan cara-cara makan pisang secara formal seperti seorang ratu.
Memperlihatkan cara makan pisang menggunakan garfu dan pisau menjadikannya sangat beretika “like a queen”.
Prosesnya dimulai dengan dia mengambil pisau dan memotong bahagian hujung pisang.
Kemudian membelah bahagian kulit buah tersebut sebelum mengupas kulitnya.
Setelah itu, dia memotong pisang menjadi potongan-potongan kecil dimulakan dengan bahagian kiri sehingga ke bahagian kanan.
@jamila_musayeva How to eat a banana formally like a queen🍌 #banana #didyouknow #queen #polite #eating #etiquette #fy #fyp #forypupage
@jamila_musayeva How to eat a banana formally like a queen🍌 #banana #didyouknow #queen #polite #eating #etiquette #fy #fyp #forypupage ♬ original sound – Jamila Musayeva
Melihat kepada komen netizen, ada yang menyatakan ini cara yang beradab dan ada juga yang tidak bersetuju dengan cara ini kerana terlalu lambat hingga menyusahkan diri sendiri.
Kena selalu praktikkan makan beradab macam ni -Netizen
“Takpela aku pakai cara tradisional je”
“Saya tiada masa untuk buat pembedahan pisang sebelum makan”
Sumber: Jamila Musayeva