Tiada idea nak masak apa menggunakan ayam? Apa kata jom cuba masak ayam kam heong ini, tak susah mana pun nak buat. Bahan-bahan yang digunakan juga kebiasaannya sudah ada di dapur. Selamat mencuba!
Cara Masak Ayam Kam Heong, Lauk Paling Mudah! Guna Bahan Ada Kat Dapur Je
Bahan A:
- 1/2 ekor ayam, peha & isi dada, cuci bersih & toskan
- Bahagian peha buang tulang, hiris ayam jadi ketulan kecil
Cara-cara:
- Perap ayam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Panaskan kuali dengan minyak secukupnya. Goreng ayam separuh masak. Ketepikan.
Bahan B:
-
6 ulas bawang merah kecil @ 1 biji bawang merah besar. Hiris halus
-
5 ulas bawang putih, ketuk & cincang kasar
-
1 sudu besar serbuk kari
-
Cili padi secukup nya
-
Sedikit udang kering (sy tak letak)
-
Sedikit halia lumatkan (sy tambah sendiri)
-
Daun kari
-
Sos tiram
-
Kicap manis
-
Sedikit gula
-
Sedikit garam
Cara-cara:
- Panaskan kuali, ambik minyak goreng ayam tadi dalam 3 – 4 sudu.
- Tumis bawang merah, bawang putih, cili padi, daun kari, halia, udang kering sampai naik bau dan sedikit brown.
- Masukkan serbuk kari dan sedikit sahaja air, kacau sebati. Kemudian masukkan sos tiram dan kicap manis. Nak tambah kicap pekat pun boleh. Tambah sedikit sos cili dalam 1 sudu besar. Kacau sebati. Kalau kering sangat tambah 2-3 sudu air.
- Masukkan ayam tadi. Kacau rata.
- Rasa dulu, kalau perlu tambah garam & sedikit gula.
- Kacau sekata sehingga ayam cukup masak & cukup rasa masin, manis, pedas.
- Siap!
Kredit: Dani Shoppe’s