Etok ataupun Etak(Corcbiculacea) merupakan spesis dari keluarga kerang yang hidup di sempadan kawasan air tawar dan air masin. Banyak terdapat di kawasan pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu, kebiasaannya etok ini sering disalai dengan pelbagai perisa dan banyak dijual di pasar dan di tepi jalan.
Proses salai ini akan melalui satu proses yang panjang dengan membersih etok itu sendiri. Setelah disalai, Etok ini diperap dengan bahan-bahan yang lazim seperti serai, bawang putih, halba dan ketumbar yang dikisar halus.
Selain salai, Etok juga boleh dimasak dengan pelbagai lagi cara lain. Antaranya adalah gulai putih. Gulai Putih Etok ini sangat sedap malah cara penyediaannya sangat ringkas. Nak cuba? Jom ikuti perkongsian resepi dari Ben Safwan di bawah ini.
Ringkas tapi sedapppp sangat gulai putih etok ni. Dia ada aroma rasa lemak dia tersendiri yang turun dari etok ke dalam gulai. Buat dia senang sangat. Meh Ben bagi resepi. Etok hidup dibersihkan dengan air 2-3 kali hingga bersih. Ni untuk 1 kilogram etok.
Lepas tu tumbuk 2 bawang merah saiz 50 sen lama,1 ulas bawang putih besar. Tumbuk dengan lesung jauh lebih sedap berbanding blender.
Masukkan dalam periuk bahan tumbuk bersama dua batang serai yang diketuk,lepas tu dalam 300-400 gram santan segar dan etok.
Hidupkan api sederhana biar etok masak. Senang je nak cam. Bila etok dah terbuka ,masak dah dia. Kalau santan pekat sikit,masukkan air sedikit.
Lepas tu sesuaikan masin manis gulai.
Dah siap.
Ya Allah sedap sangat tau akak rasa etok gulai putih ni. Lemak-lemak gitu rasa. Akak kena cuba. Ben suka sangat kalau jumpa etok hidup.
Silakan mencuba
Mudah sahaja kan hendak masak Gulai Putih Etok ini. Hidangan kampung yang ringkas namun cukup enak dan menyelerakan. Makan pula bersama dengan ikan rebus goreng, memang mantap habis.
Nak tahu juga teknik ikan rebus goreng yang enak dan sedap? Jom ikuti perkongsian di bawah ini.
Biarlah kawan MAHN tak terliur pun.Cikgu nak bagitahu jugak makan ikan selayang rebus goreng, cicah pulak dengan budu begini sangat rare. Ini bukan sembarangan menu. Laku teruk resepinya kalau lalu. Siapa suka?
Jarang orang makan tak menambah. Bau ikan masa digoreng pun dah menggugat iman. Nak sedapkan ikan rebus ini juga cara cikgu buat; Lepas rebus, cikgu biar dulu semalaman. Lepas tu goreng bagi garing. Masuk sekali bawang dan cili. Aduh baunya boleh buat kita bertambah dua pinggan nasi.
Walaupun menu ini ringkas, cikgu tetap akan pastikan hasilnya sentiasa terbaik. Isi ikan mesti pejal dan wangi. Selain manis ikan tersendiri takkan cukup, kena masukkan nisse atau gula melaka. Masam dan masin pun mesti seimbang. Tengoklah sendiri hasilnya. Menjadi rebutan sekeluarga.
Jadi tunggu apa lagi tu? Resepi Gulai Putih Etok sudah ada, teknik penyediaan Ikan Rebus Goreng pun sudah ada. Jadi jom lah kita mula memasak sekarang!
Kredit: Ben Safwan & Afy AL Habibi
Baca juga: “Tak Sempat Tunggu Tengahari Dah Licin..”, Ini Dia Puding Roti Coklat Milo Kegilaan Ramai