Dengan hanya nasi dan ikan goreng, korang boleh makan bertambah-tambah nasi dengan masak ikan goreng cara macam ni. Tak perlu kuah bersantan atau sambal pedas, cukup dengan hidangan ikan goreng macam ni, mampu membuka selera makan.
Biasanya, kita goreng ikan dengan kunyit dan garam sahaja. Jadi untuk kali ini, mari kita ubah kelainan style orang lama. Bukan sahaja lumur ikan dengan kunyit atau garam, masukkan cili kisar dan bawang macam dekat bawah ni, ikan goreng korang akan jadi sedap sangat!
Jom cuba perkongsian resepi Ummi Hanna ni. Sedap!
Perghhh! Siap sudah ikan goreng style orang lama ni. Makan dengan nasi panas-panas ada sambal belacan, budu, ulam-ulam petai sikit puun dah cukup nikmat.
Nak tahu rasa lain dia macam mana, korang kena cuba tau cara ni!
Semoga bermanfaat. Selamat mencuba dan menikmati!
Sumber: Ummi Hanna
Baca juga: Resepi Sambal Kicap Power Ramuan Istimewa, Makan Dengan Apa Sahaja Pun Tetap Sedap!