Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Mee Ayam Indonesia, Sedap Sangat. Tak Payah Pergi Indonesia, Buat Sendiri Pun Boleh

Mee Ayam Indonesia, Sedap Sangat. Tak Payah Pergi Indonesia, Buat Sendiri Pun Boleh

Kategori:

Anda teringin nak makan mee ayam Indonesia? Tetapi buat masa sekarang masih tidak dibenarkan untuk rentas negara. Jadi apa kata buat sendiri je, tak perlu ke Indonesia pun untuk makan mee ayam Indonesia ini. Walaupun bukan berada di Indonesia, resepi ini lebih kurang sama je dengan rasa mee ayam dekat Indonesia tu. Jadi apa tunggu lagi? Jom mula memasak!

BAHAN-BAHAN:

  • Rangka/tulang ayam * rebus sejam + kiub ayam seketul
  • 2 helai daun bay
  • 3 helai daun limau purut
  • 2 batang serai *titik
  • 6 ulas bawang putih *
  • 2 ulas bawang merah *
  • Sedikit halia *
  • Sedikit lengkuas *
  • 2 paha isi ayam potong kecil
  • 2 1/2 senduk kicap abc
  • 1 senduk sos tiram
  • 1 senduk kicap cair

Bahan Sambal (dikisar) :

  • 10-15 cabai melaka merah
  • 6 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar cuka
  • 1/2 sudu kecil garam

Bahan hiasan/lain:

  • Bawang putih 1 labu dicincang, goreng sehingga kekuningan
  • Celur mee/maggi
  • Sawi | dicelur
  • Daun bawang | dihiris

CARA PENYEDIAAN:

  1. Tumis daun bay, daun limau dan serai.. blend bahan bertanda *
  2. Dah naik bau masukkan bahan blend..
  3. Masak dalam 10min, masukkan ayam.
  4. Ayam dah separuh masak, masukkan kicap abc,sos tiram dan kicap cair.
  5. Masak sehingga agak kering.
  6. Siap untuk dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber: Maya Miera Via MAHN

tags: