Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Tip & Petua » Makan Nasi Tapi Nak Lebih Sihat? Ini Cara Masak Nasi Buang Kanji, Cara Begini Lebih Menyihatkan!

Makan Nasi Tapi Nak Lebih Sihat? Ini Cara Masak Nasi Buang Kanji, Cara Begini Lebih Menyihatkan!

Kategori: ,,,
cara masak nasi buang kanji

Selain gandum, nasi juga makanan ruji rakyat Malaysia yang utama. Tanpa nasi, kebanyakan daripadanya tidak boleh bertahan lama. Mungkin sudah biasa dari kecil yang menjadikan nasi sebagai makanan utama.

Walaupun begitu, ramai dalam kalangan penduduk Malaysia yang menghidap kencing manis yang berpunca daripada pemakanan. Memang tidak dinafikan, beras atau pun nasi ini mempunyai kanji yang tinggi.

Menurut beberapa sumber, nasi putih adalah salah satu punca rakyat Malaysia terkena kencing manis. Nasi putih berkanji boleh meningkatkan paras gula darah dan menambahkan risiko mendapat penyakit itu. Bahkan nasi putih ini lebih kuat daripada minuman soda.

Memandangkan rakyat Malaysia gemar makan nasi dua hingga ke empat kali sehari jadi secara tidak langsung ia meningkatkan paras gula darah menyebabkan pankreas menghasilkan lebih banyak insulin, dan jika ini berlaku lebih kerap, ia boleh menyebabkan kencing manis.

Antara cara yang boleh mengawal kencing manis ini adalah mengurangkan makan nasi putih atau pun mengubah cara memasak nasi. Ada cara masak nasi buang kanji yang dikongsikan oleh Nor Aida Md Zainuddin bagi membuang air kanji.

Ini Cara Masak Nasi Buang Kanji, Cara Begini Lebih Menyihatkan!

Harini tiba-tiba rajin nak masak nasi buang air kanji. Kalau beras siam actly bagus buat macam ni sebab kandungan kanji dia tinggi. Nak diet bagusla dak? Ni Aida pakai beras bashmati.

Cara-caranya:

  1. Cuci beras bersih-bersih dan rendam sekejap. Selepas itu, toskan.
  2. Didihkan air dalam periuk biasa atas api dapur.
  3. Apabila sudah air sudah mendidih, masukkan beras ke dalam periuk. Masak sampai beras kembang.
  4. Dah kembang, toskan berasnya. Lalukan dengan air paip.
  5. Kemudian kukus balik beras tersebut. Kukus kosong sekejap sahaja dan siap!

Masak macam ni tiada masalah nasi lembik atau keras. Nasi akan cantik berderai. Bila goreng pun cantik kejadiannya.

Mudah sahaja kan cara masak nasi untuk kurangkan kanji ini? Nasi putih yang kurang kanji pastinya lebih sihat. Oh ya, nak tahu juga cara masak nasi putih guna beras basmathi? Jom ikuti perkongsian di bawah ini pula.

Tips masak beras basmati supaya lembut & tidak melekat!

1. Rendam beras bersama garam

Rendam beras sekitar 20 hingga 30minit bersama 1 sudu kecil garam sebelum memasak nasi seperti biasa, supaya beras kembang dan panjang elok. Cuci beras terlebih dahulu sebelum rendam.

2. Sukatan air yang betul

Sukatan air untuk beras basmathi adalah 1 cawan beras bersamaan 1 1/4 air atau mana-mana campuran lain seperti  santan atau susu cair.

3. Didihkan air sebelum masukkan beras

Cara nak masak beras ini,  pastikan air atau cecair untuk memasak beras ini mendidih terlebih dahulu. Selepas itu, baru boleh masukkan beras. Dengan menggunakan cara ini juga, beras tidak akan mudah patah kerana tidak terendam terlalu lama. Beras akan cepat masak dalam lebih kurang 10 hingga15 minit sahaja.

4. Kacau rata

Selepas beras sudah dimasukkan, besarkan sedikit api dan kacau rata semasa air masih ada. Sekiranya air dah kering, anda tidak perlu kacau. Kecilkan api dan tutup periuk sehingga beras masak dengan sempurna.

5. Rehatkan beras seketika

Sekiranya nasi sudah masak, rehatkan selama 5 hingga 10 minit. Jangan terus buka tudung periuk, biarkan nasi mengewap di dalam periuk dan kembang cantik. Selepas itu, karih nasi dari tepi periuk ke tengah. Untuk menggebukan nasi. Gunakan garfu atau sudip, supaya nasi tidak hancur dan patah.

Mudah sahaja kan perkongsian masak nasi untuk kurangkan kanji dan masak nasi guna beras basmathi? Semoga info ini sedikit sebanyak dapat membantu anda semua. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!

Kredit: Nur Aida Md Zainuddin

Baca juga: Tak Biasa Masak Pulut Guna Rice Cooker? Ini Dia Cara & Tipsnya Yang Mudah, Letak Roti Untuk..

tags: | | | | |