Untuk hidangan masakan “Nasi Lemak” yang sedap, paling penting adalah nasi dan sambalnya. Kalau sambal menjadi tapi nasi tak menjadi, tak syok juga nak makan.
Untuk tahu cara membuat nasi lemak yang sedap dan senang, boleh ikuti perkongsian daripada Azy Cullen yang berkongsi cara memasak nasi lemak. Paling penting caranya sangat senang diikut dan confirm menjadi.
Cara-Cara Masak Nasi Lemak
Cara saya masak nasi lemak. InsyaAllah mudah dan senang. Pasti menjadi. Saya tak pandai ikut nisbah, tak faham, saya ukur air pakai jari sahaja. Dah biasa macam tu. Nasi masak elok, tak mentah.
- Cuci bersih-bersih.
- Saya buat bahan apa yang ada di rumah sahaja. Nasi lemak saya tak suka letak bawang.
- Air campur santan. Selepas tuangkan santan, ukur air menggunakan jari telunjuk. Pastikan isi air sampai ke aras garisan pertama jari telunjuk. Tak boleh lebih, tak boleh kurang. Kalau terkurang, nasi akan mentah. Kalau terlebih, nasi akan jadi sedikit lembik.
- Letak minyak masak untuk bagi nasi lemak jadi sebiji-sebiji. Cantik berkilat elok saja bila masak nanti.
- Dah siap! tak nak bagi santan berkumpul atas nasi, sebelum nasi masak, harus kacau dahulu.
Senangkan cara penyediaan Nasi Lemak yang dikongsikan oleh Azy Cullen ini. Paling penting caranya sangat senang diikut dan confirm menjadi. Jadi tunggu apa lagi, jom buat sekarang!
Semoga bermanfaat!
Kredit: Azy Cullen
Baca juga: Cara Masak Nasi Guna Beras Serindit, Guna Cara Ini ‘Gerenti’ Lembut & Berderai Elok!