Oyster atau dikenali sebagai tiram merupakan seafood yang tidak semua orang boleh telan. Walau bagaimanapun, penggemar tiram mampu telan tiram fresh yang mentah dan ada juga yang makan dengan perahan lemon.
Namun, ada sesetengah orang grill atau goreng tiram itu sebelum makan oleh kerana tekak mereka tidak boleh telan yang mentah walaupun bersama perahan lemon ataupun tiram itu bukan yang fresh. Jom kita cuba resepi masak tiram yang dikongsikan oleh Jemilah Tukimin iaitu Oyster Goreng Cili Padi.
CARA MEMBUAT OYSTER GORENG CILI PADI YANG PADU
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:
BAHAN A
- 2 biji bawang merah kecil
- 2 ulas bawang putih
- 6 biji cili padi (boleh tambah kalau nak pedas lagi)
- 1/2″ halia
BAHAN B
- 500 gm daging oyster
- 1 batang serai – diketuk
- 1 biji bawang besar – dihiris bulat-bulat
- 100 ml air
- 1 sudu besar kicap manis (optional)
- 4 biji tomato ceri – belah 2
- Garam secukup rasa
- Maggi Cukup Rasa (secukup rasa)
- Sedikit minyak untuk menumis
CARA PENYEDIAAN:
- Bersihkan daging tiram kemudian tapis dan ketepikan dahulu.
- Sediakan bahan A kemudian siapkan untuk chopper.
- Panaskan minyak kemudian tumis bahan yang telah di ‘chopper‘ tadi hingga sedikit garing kemudian masukkan daging tiram dan air kacau bagi rata.
- Masukkan garam dan juga maggi secukup rasa dan juga kicap manis.
- Biarkan semua sebati dan masak sepenuhnya. Kemudian tutup api.
- Hidangkan dengan tomato ceri dan cili api.
Mudahkan cara buat oyster goreng cili padi ni. Tentu sedap jika ia dihidangkan dengan nasi putih panas. Mesti bawa ke dalam mimpi. Jadi tunggu apa lagi, selamat mencuba!
Kredit foto dan resepi: Jemilah Tukimin
Baca Juga: “Sedap Tiram Mentah, First Time Makan Terus Jatuh Cinta!” Namun, Adakah Ianya Selamat Untuk Dimakan?