Sayur air bihun nenda ini merupakan sayur sawi yang dimasak dengan bihun dan beberapa bahan lain. Ia sangat terkenal di Kelantan. Resepi ini dikongsi oleh seorang wanita di laman facebook yang dikenali dengan nama Afy AL Habibi.
Sayur air bihun ini sangat enak dimakan bersama dengan nasi putih dan ayam goreng berempah. Yang tak pernah cuba, boleh cuba buat dan makan bersama keluarga. Bertambah-tambah nanti!
Resepi Sayur Air Bihun Nenda Yang Mudah & Sedap!
BAHAN-BAHAN:
- 4 ulas bawang putih
- 1/3 biji bawang holland |dihiris
- 8 biji lada hitam
- 1 1/2 cawan air
- Segenggam bihun
- Setangkai cili merah | dihiris
- Sebiji tomato
- Udang
- Batang sawi
CARA PENYEDIAAN:
- Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih sehingga wangi.
- Kemudian masukkan hirisan bawang holland.
- Seterusnya bahan penting iaitu lada hitam. Masa tumbuk lada hitam tu bolehkan tambah sedkit air.
- Seterusnya masukkan air. Biarkan mendidih, kalau nak masukkan ayam pun boleh. Tapi nenek jarang letak. Cikgu pun ikutlah jugak.
- Langkah ini paling penting iaitu perasakan dengan gula dan garam. Rasa sayur air nenek ialah manisnya sedikit menyerlah dari rasa masin.
- Kemudian masukkan segenggam kecil bihun. Lalukan dengan air seketika dan barulah masukkan dalam kuali.
- Biarkan bihun lembut terlebih dahulu, baru masukkan cili merah, tomato, udang dan batang sawi.
- Selepas dua minit masukkan daun sawi atau orag kelantan sebut sayur lobak. Kacau seketika.
- Biarkan selama seminit dua dan tutup api.
- Siap untuk dihidangkan.
Mudah sahaja bukan nak masak Sayur Air Bihun Nenda ini? Makan pula dengan ayam goreng berempah. Memang berpinggan-pinggan la menambahnya.
SELAMAT MENCUBA!
Sumber: Afy AL Habibi
Baca juga: Cara Buat Ayam Goreng Berempah Yang Simple Tapi Rasa Dia Sangat Umphh! Confirm Licin Nasi Seperiuk