Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Minuman Ini Mampu Legakan Hidung Tersumbat Dan Batuk Berkahak Dengan Mudah Dan Cepat, Lepas Minum Lega Sangat!

Minuman Ini Mampu Legakan Hidung Tersumbat Dan Batuk Berkahak Dengan Mudah Dan Cepat, Lepas Minum Lega Sangat!

Kategori:
cara melegakan hidung tersumbat dan batuk berkahak

Resepi minuman untuk hidung tersumbat dan batu berkahak ini dikongsi oleh Mastura Rashid di laman facebook. Menurutnya selain dapat melegakan hidung tersumbat dan batu berkahak minuman ini juga mampu membantu orang yang ada sinusitis.

Lepas minum minuman ini tekak anda akan rasa lega dan rasa ada benda tersangkut di tekak pun hilang. Lendir dalam rongga sinus pun akan mula cair dan mudah kita bernafas.

Cara Legakan Hidung Tersumbat Dan Batuk Berkahak Dengan Mudah Dan Cepat!

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 sk serbuk kunyit asli (atau 1/2 inci kunyit)
  • 1/2 sk serbuk halia (atau 1 inci halia)
  • 1/2 sk lada hitam tumbuk
  • 1 sb madu asli
  • Air suam panas 1 cawan

CARA PENYEDIAAN:

  1. Campur je semua bahan. Kacau sampai sebati.

Aturan:

Minum pagi waktu perut kosong. Boleh minum setiap hari sampai rasa dah takde blockage di tekak/muka.

Q&A:

Ada yang tanya boleh tak bagi baby minum? Tak boleh tapi boleh cuba masak bubur ditambah 2-3 ulas crushed garlic. Ini biasa fiona buat dulu untuk anak-anak. Kunyit pun boleh hanya dalam 1-2 potongan kecil saja. Lada hitam tak boleh okay. Mau berguling baby masuk toilet kepanasan. Yang penting bawa jumpa doktor.

Kalau hidung tersumbat, banyak lendir, batuk berkahak, boleh wapkan muka dia dan tepuk belakang dia guna teknik cupping untuk longgarkan kahak dan lendir dalam paru-paru. Ibu mengandung boleh minum? Tak digalakkan sebab bahan-bahan yang digunakan boleh mencairkan darah.

Nota:

  1. Fiona campur lada hitam sebab lada hitam sifat dia panas. Dan piperine dalam lada hitam meningkatkan penyerapan curcumin kunyit dalam badan.
  2. Sebenarnya banyak masakan memang fiona suka tambah lada hitam. Bila berpeluh lepas makan rasa sihat dan cergas.
  3. Untuk orang yang selalu workout, bagus sangat lada hitam ditambah dalam diet harian. Sebab lada hitam antara rempah ratus yang meningkatkan metabolisma badan. Jadi cepatlah lemak cair, gituu.
  4. Selain lada hitam, cayenne pepper, halia, kayu manis pun ada fungsi sama meningkatkan metabolisma badan.

Mudah sahaja kan menggunakan cara ini untuk melegakan hidung tersumbat dan batuk berkahak. Mungkin bagi anda yang telah mencuba pelbagai cara boleh gunakan cara ini pula.

Semoga Bermanfaat!

Kredit: Mastura Rashid

Baca juga: Ini Petua Untuk Merawat Masalah Gastrik & Pedih Ulu Hati. Cuma Perlu 2 Bahan Sahaja Dah Berkesan.

tags: |