Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » Dari Niaga Jalanan, Rempeyek Wak Tunot Dari Malaysia Kini Lebar Sayap Ke Luar Negara

Dari Niaga Jalanan, Rempeyek Wak Tunot Dari Malaysia Kini Lebar Sayap Ke Luar Negara

Kategori: ,

Siapa yang menyangka, rempeyek jalanan Wak Tunot kini melebarkan sayap ke luar negara dan sudah menjangkau pasaran antarabangsa.

Kini, jenama rempeyek Wak Tunot yang menggunakan resipi turun temurun yang mula dijual pada tahun 2004 itu telah memasuki pasaran Australia, New Zealand dan Singapura.

Dari Niaga Jalanan, Rempeyek Wak Tunot Dari Malaysia Kini Lebar Sayap Ke Luar Negara

“Sebelum ini saya dan suami, Mihar Tahir, 81, membuka warung menjual mi bandung dan nasi goreng kampung dan saya selitkan jualan kerepek yang dibuat sendiri sebagai pendapatan sampingan. Tak sangka ia mendapat sambutan menggalakkan.

“Selain mahu meneruskan resipi yang saya pelajari daripada ibu, penjualan rempeyek ini juga adalah sebagai menyahut dan menyertai kempen kerajaan iaitu ‘1 daerah 1 industri'”, katanya kepada Bernama ketika ditemui di kilang Wak Tunot Enterprise di Kampung Tengah Kluang, di sini baru-baru ini.

Tulos berkata perusahaannya mampu mengeluarkan 1,200 bekas rempeyek sehari dengan kekuatan 40 pekerja.

Selain mengekalkan pembuatan secara tradisional kerana lebih enaak dan kualiti terjamin, beliau berkata perusahaannya telah mendapat pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 2006.

Lebar Sayap Hingga Australia, New Zealand & Singapura

“Rempeyek dihasilkan perusahaan kami ada dua jenis iaitu kacang kuda dan juga kacang tanah. Saya juga pernah mencuba untuk mempelbagaikan dengan menggunakan beberapa jenis kacang lain tetapi kurang mendapat sambutan.

“Bagi menjaga kualiti, saya menggalakkan pelanggan untuk membelinya secara terus kerana rempeyek ini rapuh, berbanding melalui pos,” katanya.

Selain rempeyek, perusahaannya turut menjual lebih 400 jenis kuih tradisi dan makanan ringan selain terkenal sebagai pusat pengumpulan dan jualan produk industri kecil sederhana (IKS) setempat.

Tulos turut berterima kasih kepada kerajaan kerana membantu perniagaannya dengan menyalurkan beberapa bantuan daripada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Sumber: Bernama

Baca juga: Miliki Hutang Lebih RM2.9 Billion, Jenama Tupperware Kegemaran Mak-Mak Bakal Fail Bankrap Pada Minggu Ini

tags: