Daily Makan
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
No Result
View All Result
Daily Makan
No Result
View All Result

Cara Membezakan Gula Melaka Asli Dan Palsu, Hal Ini Penting Bagi Menjadikan Masakan Anda Kekal Enak!

Jannah by Jannah
Mac 31, 2022
in Info, Tips Makanan
2 min read
0 0
0
cara membezakan gula melaka asli dan palsu
0
SHARES
45
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Gula melaka merupakan antara bahan yang sangat penting dan wajib ada di dapur. Rata-rata rakyat atau penduduk pantai timur memanggil gula melaka ini Nisang (Terengganu) atau Nise (Kelantan). Selain dimasukkan ke dalam kuih muih, bahan ini juga amat penting  ketika menyediakan sambal atau apa-apa masakan lain.

BacaJuga

syahmi sazli air cendol

Bulan Puasa Nanti Nak Jual Cendol, Syahmi Sazli Cuba Dulu Namun Tak Menjadi. Gelagatnya Buat Ramai Terhibur

Mac 27, 2022
5

Umumnya gula melaka ini diperbuat daripada nira kelapa dari beberapa jenis pokok kelapa seperti kelapa MAWA dan kelapa MATAG serta kelapa tinggi Malaysia. Air nira yang diambil dari pohon kelapa ini akan diproses secepat yang mungkin bagi mengelakkan ianya menjadi masam. Kemudian ia akan dimasak dalam kuali atau kawah yang besar sebelum dituangkan ke dalam bekas acuan yang telah ditetapkan.

Rata-rata penduduk pantai timur sering menggunakan Nisang ini sebagai makanan tambahan yang menggantikan gula. Dengan memasukkan bahan ini ke dalam masakan, masakan akan menjadi lebih enak, sedap serta berlemak. Untuk membeli atau mendapatkan nisang ini tidaklah susah, mana-mana pasaran atau kedai runcit ada menjualnya.

Namun begitu tidak semua nisang yang berada di pasaran itu asli. Ada juga segelintir penjual atau pengedar yang tidak bertanggungjawab mengedar nisang palsu atau tiruan. Di mana bahan makanan tiruan ini terdiri daripada campuran gula yang banyak.

Perbezaan Gula Melaka Palsu Dan Asli

Menurut Adzmal Abdul Aziz menerusi perkongsiannya menerusi group Masak Apa Hari Ni (MAHN), ada cara untuk membezakan gula melaka yang original dan tidak. Antaranya adalah dari segi teksturnya. Jika gula melaka yang asli apabila dipatahkan ia tidak terlalu keras, lembut sahaja. Jika nisang yang anda beli keras apabila dipatahkan itu bermakna ianya mempunyai banyak campuran gula.

Hari ini nak share sikit tips kalau korang nak bezakan gula nise yang ori dengan yang banyak campuran gula. Kalau yang nise ori bila kita nak patahkan dia tak keras sangat. Lembut je. Kalau dapat yang keras tu maknanya banyak campuran gula. 

Sebelum bulan puasa selalu restock banyak-banyak sebab nak masak macam-macam kann. Guna gula nise ni memang sedap kalau nak buat kuih muih atau manisan tu wajib ada. 

Bagi menghasilkan masakan yang enak dan berlemak, elakkan membeli gula melaka yang palsu dan pastikan anda membeli yang asli. Tak pasal-pasal paras gula dalam badan naik apabila menggunakan gula melaka yang palsu. Kalau anda semua ada info atau penambahan berkenaan dengan keaslian gula melaka ini bolehlah nyatakan di ruangan komen.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Teh O Ais Limau Bahaya Untuk Kesihatan? Pakar Ini Dedahkan Apa Yang Akan Berlaku Pada..

Download Premium WordPress Themes Free
Premium WordPress Themes Download
Download WordPress Themes
Download WordPress Themes
online free course
download micromax firmware
Tags: gula melakanisang
ShareTweetSend

Related Posts

petua sambal belacan
Info

4 Petua Sambal Belacan Lebih Beraroma, Ikut Petua Ini Pasti Sambal Belacan Lagi Sedap Dan Tahan Lama!

Mei 24, 2022
93
biskut raya
Tips Makanan

Biskut Raya Masuk Angin? Jangan Buang, Ikut Tips ini!

Mei 17, 2022
514
cuka epal
Info

Ini Khasiat Cuka Epal Yang Ramai Tak Tahu, Patut La Diamalkan Sejak Dahulu Lagi

Mei 14, 2022
156
  • Hubungi
  • Pengiklanan
  • Privasi
  • Terma Web

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

No Result
View All Result
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist