Balik kampung tahun lepas tak puas makan ketupat palas. Tahun ni tak boleh balik beraya pulak sebab virus Covid-19. Jadi apa kata jom buat sendiri je kat rumah. Jom cuba resepi ketupat lemak manis ni.
Cara Membuat Ketupat Lemak Manis
Bahan-bahan:
- Beras pulut 2 1/2 Kilo rendam 2 jam
- Santan 1 kg
- Pulut hitam sedikit – rebus hingga masak
- Kacang ketupat – rebus hingga masak
- Garam
- Gula

Cara-cara:
- Gaul beras pulut bersama pulut hitam. Selepas itu kukus sehingga masak.
- Angkat masuk ke dalam bekas, kemudian gaul bersama santan yang telah dicampur dengan garam. (sukatan garam agak-agak jangan masin sangat).
- Kemudian kukus sekali lagi sehingga masak.
- Angkat masuk dalam bekas dan gaul bersama gula hingga sebati. (sukatan gula ikut selera masing-masing tapi tak sampai sekilo).
- Setelah sebati baru masukkan kacang ketupat yang telah direbus tadi.

- Bungkus dengan daun palas kemudian kukus sekali lagi sehingga daun bertukar warna.

- Siap!

Kredit: Che Na Pokteh
Selamat mencuba!
Baca juga: Resepi Nasi Impit Homemade Bersama Kuah Kacang ‘Paling Simple