Karpet bukan sahaja menjadi ‘pemanas’ kaki untuk keselesaan seisi keluarga, namun ia juga untuk menghiasi rumah supaya kelihatan lebih cantik. Tapi ada satu hal yang paling membimbangkan iaitu risau jika makanan atau minuman termasuklah gula ‘tertumpah’ ke atas karpet tersebut. Menjadi satu hal pula nak bersihkan, lagi-lagi jika mempunyai anak yang masih kecil.
Tular satu video di TikTok perkongsian oleh seorang wanita bernama Sara Ahmad, dia berkongsikan cara mudah untuk membersihkan gula yang tertumpah di atas karpet. Tak perlu susah-susah lagi nak kutip atau bersih menggunakan vacuum.
Menurut video tersebut, anda hanya perlu membasahkan gelas dengan air. Kemudian gosok-gosokkan pada karpet sehingga semua gula terlekat pada gelas tersebut. Sekelip mata permukaan karpet menjadi bersih!
@saraahmad0708 how to clean sugar off carpet without vacuum! #hack #fast #cleantok #carpetcleaner #choresinthishouse #mess
Sumber: Sara Ahmad