Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Tip & Petua » Cara Paling Mudah Bersihkan Kerang, Hanya Guna Ais Dan Garam. 3 Kali Basuh Dah Betul-Betul Bersih!

Cara Paling Mudah Bersihkan Kerang, Hanya Guna Ais Dan Garam. 3 Kali Basuh Dah Betul-Betul Bersih!

Kategori: ,
cara bersihkan kerang dengan ais dan garam

Kerang merupakan antara makan laut yang sangat terkenal pada setiap masa. Ramai yang menggemari makanan laut ini, tidak kira sama ada dibakar, digoreng atau pun direbus. Sekiranya kita membeli yang sudah masak memang tiada masalah. Namun apabila kita membeli yang mentah pastinya ia perlu dicuci terlebih dahulu.

Untuk mencuci kerang ini bukanlah sesuatu yang mudah memandangkan ia mempunyai bulu dan juga daki yang melekat pada kulit. Kalau hendak sental sekalipun ia memerlukan masa yang agak lama. Nak tahu cara mudah? Hanya 3 kali basuh sudah pun bersih dan cuci. Jom kita ikut perkongsian dari Norhilyani Harun ini.

Menurutnya dia hanya menggunakan ais dan garam kasar. Basuh beberapa kali sehingga air menjadi jernih. Menurut Norhilyani, dia hanya membasuh sebanyak 3 kali sahaja. Memang betul-betul bersih.

Cara bersihkan kerang dengan mudah & cepat!

Baru tahu cara cepat nak bersihkan kerang. Tadi berus pakai berus gigi. Baru berapa biji dah lenguh jari. Jenuh nak berus sekilo kerang. Lepas tu google cara senang bersihkan kerang. Rupanya cuma pakai air sejuk (saya tambah ais) dan garam kasar. Buat beberapa kali sampai air dia jernih. Tadi saya basuh 3 kali. Memang betul-betul bersih. Lagi bersih dari berus pakai tangan. Senang kerja. Korang ada cara lain tak untuk bersihkan kerang?

 

Mudah sahaja bukan cara bersihkan kerang yang dikongsikan oleh Norhilyani ini. Bukan sahaja mudah malah masa yang diambil untuk membersihkannya juga sangat cepat. Jadi bagi korang yang tak nak lama-lama berada di dapur, bolehlah menggunakan cara ini.

Kredit: Norhilyani Harun Via MATJHN

Baca juga: Susah Nak Berus Kulit Kerang Satu-Satu? Rendamkan Dalam Air ‘Ini’, 10 Minit Dah Cuci Bersih!

tags: |