Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Cara Mudah & Tepat Nak Bezakan Ikan Tongkol Putih Dan Hitam, Tengok Sirip Dan Kulitnya Je!

Cara Mudah & Tepat Nak Bezakan Ikan Tongkol Putih Dan Hitam, Tengok Sirip Dan Kulitnya Je!

Kategori: ,
cara beza ikan tongkol putih dan hitam

Ikan tongkol atau turut dipanggil ikan ayer/ayo dalam kalangan orang pantai timur. Ikan ini merupakan ikan air masin yang sering dijadikan lauk untuk nasi dagang. Bentuk atau rupa ikan ini seakan sama dengan ikan tuna. Isi ikan tongkol ini biasanya agak keras dan sedikit pejal.

Namun ramai yang tidak tahu bahawa ikan ini mempunyai dua jenis. Antaranya ikan tongkol putih dan tongkol hitam. Memandangkan rupa dan bentuk kedua-dua ikan ini hampir sama jadi tak ramai dalam kalangan kita tahu membezakannya.  Selain ada perbezaan yang tersendiri, ikan ini juga turut mempunyai rasa dan harga yang berbeza.

Nak tahu cara yang tepat untuk membezakan ikan tongkol putih dan hitam? Jom kita ikuti perkongsian dari seorang lelaki di group Masak Apa Tak Jadi Hari Ni.

Cara Membezakan Ikan Tongkol Putih & Hitam

Buat kaum lelaki yang masih tersalah beli ikan. Balik isteri nak masak pun tak jadi. Hilang mood. Boleh bezakan dengan mudah sahaja.

Yang sirip panjang – Tongkol Putih (Ayor Itam)

Yang sirip pendek – Tongkol HItam (Ayor Puteh)

Putih lagi sedap dari hitam.

Kebiasaannya beza harga RM1-2 sahaja mahal yang hitam.

Bagi yang makan ikan ayor jadi gatal badan gatal hidung. Jangan makan yang ayor hitam. Makan yang ayor putih.

Badan tak gatal, isi dia manis dan lemak macam tenggiri.

Nak beli tenggiri mahal sangat, beli je ayor putih. Rasa lebih kurang je.

Sangat mudah kan untuk membezakan ikan tongkol hitam dan putih ini? Selain dari cara di atas, anda juga boleh menyentuh kulit ikan tersebut, tongkol hitam kulitnya lebih licin. Yang putih pula terasa kasar sedikit seakan bersisik halus.

Kalau untuk dimakan dengan nasi dagang, ada baiknya menggunakan ayer putih memandangkan isinya lebih keras berbanding ayer hitam. Kalau guna yang lembut tu nanti mudah hancur. Sudah jelas sekarang kan? Jadi tunggu apa lagi tu, jom kita masak nasi dagang sekarang makan dengan ikan tongkol ni. Sedapnya!

Semoga bermanfaat!

Kredit: Nik Mohamad Khairi

Baca juga: Ramai Cakap Makan Ikan Haruan Bagus Untuk Ibu Bersalin, Namun Doktor Ini Dedah ‘Bahana’ Rahim Lekat

tags: | |