Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Cara Mudah Potong Buah Tembikai, Lebih Mudah Dimakan & Lebih Bersih. Tak Ramai Yang Cuba Cara Ini!

Cara Mudah Potong Buah Tembikai, Lebih Mudah Dimakan & Lebih Bersih. Tak Ramai Yang Cuba Cara Ini!

Kategori: ,

Buah tembikai merupakan antara buahan yang cukup popular dalam kalangan kita. Buahnya yang terdiri daripada warna merah dan kuning ini seringkali dihidangkan ketika makan-makan atau kenduri kendara.

Buah ini bukan sahaja sedap dan segar namun ianya juga mempunyai pelbagai khasiat untuk tubuh badan manusia. Antara khasiatnya adalah ianya kaya dengan vitamin A dan C yang mana bagus untuk kesihatan rambut dan kulit. Bukan itu sahaja, buah ini juga sangat bagus untuk sistem penghadamam.

Jika di pantai timur, buah ini dipanggil buah Timun Cina. Tidak tahu dari mana datang panggilan tersebut, namun jangan pelik ya sekiranya anda terdengar ada yang memanggil buah yang kaya dengan air ini sedemikian rupa.

Tidak dinafikan memang ramai yang menggemari buah tembikai ini lebih-lebih lagi apabila musim panas. Buah ini boleh dimakan begitu sahaja atau pun dibuat jus. Jus buah tembikai yang lebih sedap dan lazat adalah apabila dicampurkan dengan susu pekat manis. Memang padu!

Walaupun begitu, tak ramai yang tahu cara mudah untuk memotongnya. Tanpa perlu membuang kulit namun potongannya sangat cantik dan kemas. Nak makan pun lebih bersih.

Cara rahsia ini telah dikongsikan oleh seorang lelaki Bobby Review menerusi aplikasi TikTok. Melihat perkongsian video tersebut ramai yang menganggap ianya sangat mudah dan bersih.

Cara Mudah Dan Bersih Potong Buah Tembikai

  1. Potong menjadi dua bahagian. 
  2. Potong menjadi lebih kecil dan sama besar. 
  3. Pindahkan ke bekas dan siap untuk dihidangkan.

Nak lebih faham, ayuh kita sama-sama tonton video tersebut di bawah ini.

@bobbyreview95 Easy way to cut watermelon #fyp #fypシ #bobbyreview #tiktokmalaysia ♬ A heartwarming background music inspired by food – MATSU

Pastinya ramai yang tidak pernah buat macam ni kan? Potongan sebegini sememangnya lebih mudah untuk dimakan. Walaupun begitu, kebanyakan para ibu tidak menyukai cara begini kerana menganggap ianya adalah potongan pemalas.

Jadi terpulang kepada anda semua sama ada nak potong sebegini atau pun tidak. Pastinya cara ini lebih mudah untuk dimakan dan kebersihannya juga lebih terjamin. Jadi tunggu apa lagi tu? Jom kita keluar cari buah tembikai sekarang!

Sementara itu, jom kami kongsikan kepada anda semua beberapa resepi berkenaan dengan buah tembikai ini. Pastinya resepi ini sangat sesuai dibuat pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Jika tiba bulan Ramadan, air buahan tembikan atau jus tembikai ini sangat mendapat sambutan ramai.

Resepi Jus Tembikai Susu

Bahan-bahan: 

  • 1/2 biji buah tembikai | potong dadu
  • Susu cair
  • Susu pekat manis
  • Sirap
  • Air secukupnya

Cara Penyediaan: 

  1. Campurkan semua bahan dan jadikan satu.
  2. Siap untuk dihidangkan. Bagi yang suka ais, bolehlah tambah ais ya.

Semoga perkongsian cara potong buah tembikai ini sedikit sebanyak membantu anda semua. Walaupun ianya adalah perkara biasa namun mungkin cara atau teknik yang mudah dan bersih ini boleh membuatkan mak mertua sayang.

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!

Kredit: bobbyreview95 & Pn Rose (resepi)

Baca juga: Pekebun Putus Asa Tembikai Tak Terjual, Bagi Percuma Untuk Elak Tanaman Membusuk

tags: |