Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » “Sedapnya Ibu, Nak Lagi”, Ibu Muda Ini Kongsi Resepi Ayam Masak Cili Padi Yang Sedap Dan Paling Di Sukai Anaknya!

“Sedapnya Ibu, Nak Lagi”, Ibu Muda Ini Kongsi Resepi Ayam Masak Cili Padi Yang Sedap Dan Paling Di Sukai Anaknya!

Kategori:
ayam masak cili padi

Ayam Masak Cili Padi merupakan ayam yang dimasak bersama dengan santan, kunyit, cili padi dan beberapa bahan lain. Antara bahan yang penting adalah santan dan juga cili api. Ayam masak lemak cili api merupakan masakan melayu yang paling simple dan sedap.

Kalau dapat ni memang menambah-nambah nasi. Anak-anak pun pasti suka lauk ayam yang berkuah macam ni tetapi kalau anak-anak kecil lagi, kurangkan lah sedikit tahap kepedesan tu ye.

Nak cuba buat Ayam Masak Cili Padi ni? Jom kita ikuti perkongsian resepi dari Mastura Mukhtar di bawah ini.

Resepi Ayam Masak Cili Padi Yang Mudah Serta Menyelerakan!

BAHAN-BAHAN:

  • Ayam 1 ekor
  • Bahan diblend kasar/ditumbuk
  • Bawang merah 5 ulas
  • Cili hidup merah 8 tangkai
  • Cili padi hijau 15 tangkai (kalau tak tahan pedas, 7 tangkai pun okay)
  • Kunyit hidup agak agak setengah inci
  • Garam
  • Santan pekat setengah cawan
  • Santan cair 1 cawan (guna santan segar baru sedap, kalau tiada guna santan kotak je)

CARA PENYEDIAAN:

  1. Tumis minyak dengan bahan yang ditumbuk .
  2. Masukkan ayam potato dan santan cair.
  3. Kacau dengan api perlahan sampai mendidih.
  4. Lepas mendidih masukkan santan pekat.
  5. Tunggu sampai mendidih lagi sekali dan baru masukkan tomato serta taburkan daun kunyit. Kalau pekat sangat boleh tambah air. Ikut selera masing-masing ye.
  6. Biarkan seketika, tutup api dan hidangkan

Mudah sahaja kan nak buat Ayam Masak Cili Padi ni? Pastinya kalau makan panas-panas lebih menyelerakan. Rasa pedasnya juga lebih kuat. Jadi penggemar makanan pedas wajib cuba masak ni.

Selamat mencuba!

Kredit: Mastura mukhtar

Baca juga: Cara Buat Ayam Goreng Berempah Yang Simple Tapi Rasa Dia Sangat Umphh! Confirm Licin Nasi Seperiuk

tags: |