Ini dia resepi mudah bagi anda yang teringin nak makan dadih homemade. Siap dua layer lagi. Dilengkapi dengan rasanya yang lemak dan makan sewaktu sejuk. Memang terbaik.
BAHAN-BAHAN :
- 10 gm serbuk agar-agar
- 1550 ml air
- 1 1/2 cwn gula
- 200 gm susu pekat manis
- 1 tin susu cair
Bahan Lain
- perasa jagung
- pes pandan/pewarna hijau
- perasa yum emulco
- perasa rose/bandung
CARA PENYEDIAAN :
- Didihkan air bersama agar2
- Masukkan gula
- Masak sehingga semuanya larut
- Masukkan susu cair dan susu pekat, kacau sebati, biarkan mendidih terus tutup api
- Bahagikan adunan dadih kepada 2~3 bahagian
- Masukkan perasa disukai kacau sebati
- Tuang ke dalam bekas2 dadih
- Sejukkan
??untuk 1 adunan dapat 40-45 bekas dadih saiz 4oz
Tips dari opah:
- Untuk dapatkan permukaan dadih yang licin, selepas masukkan susu cair dan susu pekat, perlahankan api dan biarkan mendidih. Jangan guna api besar. Tak perlu didih sampai membuak-buak ye.
- Tuang dengan perlahan supaya tidak terjadinya buble/buih di permukaan dadih.
Nota :
- Untuk layer bahagikan kepada 2 bahagian satu bahagian opah masukkan esen vanilla satu bahagian lagi opah masukkan sirap rose/jagung.
- Terpulang ye nak layer macam mana
- Untuk jagung blend sedikit jagung krim
- Untuk keladi dadukan keladi kukus
- Untuk pandan 4 5 helai daun pandan/pes pandan
SELAMAT MENCUBA !
Sumber : Facebook Mas Cotek