Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Mudah Buat Jeruk Mangga Muda, Tengok Pun Dah Kecur Air Liur!

Cara Mudah Buat Jeruk Mangga Muda, Tengok Pun Dah Kecur Air Liur!

Kategori:
Jeruk Mangga Muda

Memang syok kalau dapat makan jeruk mangga muda macam ni, boleh ketagih dibuatnya. Kalau nak diikutkan, tak susah pun cara nak buat jeruk mangga ni sendiri sebenarnya. Kalau buat sendiri lagi jimat dan sedap sebab kita boleh adjust ikut citarasa kita.

Apa kata jom kita cuba resepi jeruk mangga muda hasil perkongsian oleh Nonie MdNor. Cukup ringkas dan mudah untuk dibuat tapi hasilnya memang boleh buat ketagih.

Cara Mudah Buat Jeruk Mangga Muda

Potong buah mangga seperti di bawah.

Bila dah siap potong, cuci bersih dan sejatkan.

Rendam dalam air garam sampai kulit hijau bertukar warna menjadi kekuningan. Biasanya dalam 3 malam. Gunakan air bertapis atau air masak yang sudah disejukkan. Untuk sukatan garam, agak-agak sahaja mengikut kuantiti mangga.

Selepas 3 malam akan bertukar warna macam ini kira dah menjadi. Buang air garam, sejatkan dan siram dengan air paip.

Selepas itu, gaulkan dengan gula. Simpan dalam peti ais. Selepas 2 hari, gula akan cair sepenuhnya dan akan ada air jeruk tu.

Siap. Selamat mencuba!

Kredit: Nonie MdNor

Baca juga: Rahsia Membuat Jeruk Mangga Guna Aiskrim Soda Yang ‘Addicted’

tags: