Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Kuih Muih » Ini Dia Petua Dan Cara Mudah Buat Kuih Cara Yang Sedap, Menjadi Dan Tak Melekat

Ini Dia Petua Dan Cara Mudah Buat Kuih Cara Yang Sedap, Menjadi Dan Tak Melekat

Kategori: ,
resepi kuih cara yang mudah

Kuih cara adalah kuih tradisi turun temurun orang Melayu. Kuih ini di bakar di dalam acuan khas kuih cara. Tetapi apabila zaman semakin moden, kuih cara ini sudah semakin dilupakan. Mungkin kerana terlalu banyak makanan moden yang timbul dan lebih menyelerakan.

Jadi apa kata kita naikkan kembali makan tradisi Melayu ini dengan memperkenalkan kuih ini kepada anak-anak kita atau pun golongan muda mudi.

Nak membuat kuih ini ada petuanya supaya kuih itu tidak melekat di acuan. Apa yang anda perlu lakukan adalah kalau anda baru sahaja membeli acuan, basuh dengan air paip sahaja. Kemudian panaskan dalam oven lebih kurang 10 minit.

Apabila adunan kuih dah siap, baru masukkan minyak sehingga penuh acuan tersebut. Dan panaskan lagi. Agak dah berasap baru keluarkan dari oven dan buang minyak yang banyak tu.

Kemudian baru letak atas dapur dan tuangkan adunan kuih tersebut. InshaAllah dengan menggunakan kaedah ini, akan menjadi dan tidak melekat kuih cara anda.

Jadi tunggu apa lagi, jom buat kuih cara dengan menggunaka resepi di bawah ini.

 Cara Buat Kuih Cara Yang Sedap

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan tepung
  • 3 cawan santan
  • Secubit garam
  • 2 biji telur
  • Gula secukupnya untuk inti.
  • Pewarna atau blend daun pandan

CARA PENYEDIAAN:

  1. Blend semua dan panaskan minyak dalam acuan dulu sebelum masukkan adunan.
  2. Setelah masukkan adunan dalam acuan, masukkan gula dekat tengah kuih tu.
  3. Tunggu warna kuih hijau sekata atau masak baru boleh angkat.

Tips: Cuba bakar 1 biji dulu, kalau lembik tambah tepung lagi. Setakat ini menjadi dan tidak lembik.

Mudah sahaja kan nak buat kuih cara ini. Tak ada la yang susah sangat pun kan. Jadi tunggu apa lagi tu? Jom kita cuba masak sekarang!

SELAMAT MENCUBA!

Sumber: Kuali Mama

Baca juga : Hanya Satu Adunan Tapi Boleh Dapat 2 Jenis Kuih Akok, Akok Pandan Dan Akok Jagung Yang Menggiurkan, Yang Penting Kurang Gula!

tags: |