Kuih kapit merupakan kuih tradisional melayu. Walapun sudah berabad lamanya, kuih kapit ini tetap menjadi pilihan hati semua golongan umur. Tidak kira kanak-kanak mahu pun orang dewasa. Jika dahulu, cara pembuatan kuih kapit ini menggunakan kepingan besi dan bakar di atas api sekejap. Tetapi kini lebih mudah kerana menggunakan acuan yang berjenama TRIO. Anda boleh dapatkan acuan ini di Lazada. Shoppe atau kedai elektrik yang berdekatan dengan anda.
BAHAN-BAHAN:
- 200 Gram tepung gandum
- 5 biji telur ayam size B
- 80 gram tepung beras
- 2 sdm minyak masak
- 200ml santan pekat kotak
- 3/4 cawan gula kastor
- 500ml air
- Secubit garam
CARA PENYEDIAAN:
- Masukkan semua bahan ke dalam pengisar makanan dan kisar sehingga bahan sebati. Tak perlu hingga kembang. Kalau pengisar kecil, buat dua kali.
- Tuang masuk ke dalam bekas. Kalau dah cantik tak terlalu pekat, dia punya adunan dah okay la tu. Kalau nampak pekat, tambahkan sedikit air.
- Panaskan acuan dan gunakan senduk kecil, ceduk adunan kuih kapit dan tuang ke dalam acuan. Tutup acuan dan biarkan masak serta garing. Tengok pada lampu pada mesin tersebut. Ianya akan menyala.
- Keluarkan kuih kapit dan kalau nak letak inti, letak pada waktu ini dan terus lipat. Jangan tunggu lama nanti kuih garing. Terus simpan dan susun dalam bekas kedap udara.
- Siap untuk dihidangkan dan di makan.
SELAMAT MENCUBA!