Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Cara Mudah Buat Puding Biskut Cream Crackers Dengan Hanya 4 Bahan

Cara Mudah Buat Puding Biskut Cream Crackers Dengan Hanya 4 Bahan

Kategori: ,

Ini dia cara mudah nak buat puding biskut. Tak perlu serbuk agar-agar atau bahan yang banyak pun. Hanya dengan 4 bahan dah siap jadi puding biskut. Jom cuba sekarang.

BAHAN-BAHAN :

  • 25 keping biskut cream crackers
  • 4 biji telur
  • 1/2 cwn susu pekat manis
  • 2 sdb gula perang

CARA PENYEDIAAN :

  1. Sediakan loyang 7×7 sapu sedikit minyak
  2. Rendam biskut ke dalam air panas sehingga kembang,kemudian toskan
  3. Masukkan biskut, susu, telur dan gula perang ke dalam blend
  4. Kisar sehingga halus
  5. Bahagi adunan kepada 2 bahagian atau lebih.. terpulang
  6. Masukkan pewarna (optional/milo)
  7. Kukus selapis² sehingga masak. Setiap lapisan 5min sahaja, lapisan terakhir 10 min
  8. 5 min akhir bukak penutup kukus tujuan nak bagi air ats permukaan puding kering
  9. Siap / sejukkan baru dipotong

**boleh kukus menggunakan acuan kecil, lebih mudah

** 2/3 cwn utk setiap 1 lapisan

**opah guna loyang 9x5x2

SELAMAT MENCUBA!

Sumber : Facebook Mas Cotek

“Bantu BeriMakan Fakir Miskin Sempena Ramadhan Ini Di donation.dailymakan.com

tags: