Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Harga Kaki Lima Tapi Rasa ‘Five Star’, Ini Dia Cara Mudah Buat Sos Black Pepper Premium!

Harga Kaki Lima Tapi Rasa ‘Five Star’, Ini Dia Cara Mudah Buat Sos Black Pepper Premium!

Kategori: ,
resepi sos black pepper premium

Hendak makan makanan western yang sedap sama ada Chicken Chop, Meatball, Chicken Grill atau sebagainya adalah bergantung juga kepada sosnya. Kalau sos nya sedap, maka keseluruhan makanan tersebut akan menjadi sedap.

Nak buat Sos Black Pepper yang luar biasanya sedapnya? Kalau makan tu rasa macam dekat hotel atau restoran mahal. Caranya mudah je, korang boleh tengok resepi yang dikongsikan oleh Ahmad Ilmu Ghazali ini.

Cara Masak Premium Black Pepper Sauce

Bahan-bahan:

  • 2 sdb butter
  • 1 biji bawang holland | potong dadu
  • 2 sdb tepung gandum
  • 2-3 cawan air
  • 5 sdb kicap manis
  • 1 sdb sos tiram
  • 1 sdb black pepper
  • 1 kiub pati ayam
  • 500 ml susu full cream
  • Garam & gula secukupnya
  • Meatball & fries

Cara Penyediaan:

  1. Cairkan butter. Kemudian masukkan bawang holland dan tumis sehingga wangi dan perang.
  2. Kemudian boleh masukkan tepung, tumis sebentar.
  3. Kemudian masukkan 2 cawan air dan kacau sebati.
  4. Masukkan pula pati ayam, black pepper, sos tiram dan kicap manis.
  5. Kemudian kita akan kacau sehingga sebati dan boleh tutup api.
  6. Masukkan perlahan-lahan sos kita ke dalam pengisar dan kisar sehingga hancur. Ini adalah untuk mendapatkan texture yang smooth waktu makan nanti.
  7. Selepas kisar, tapiskan dan masukkan semula ke dalam kuali. Keladak-keladak yang kita tapis tu kita boleh buang je.
  8. Kemudian biarkan sehingga kuah mendidih dan sedikit pekat.
  9. Masukkan susu full cream dan kacau sebati. Boleh rasa dahulu kuah kita sama ada secukupnya atau pun tidak.
  10. Jika dah sempurna, boleh tutup api.
  11. Siap untuk dihidangkan.

Mudah sahaja kan nak sediakan Sos Black Pepper Premium ini. Menurut empunya resepi rasa kuah ini setanding dengan meatball Ikea, Me’nate dan Jahhet serta sebahagian kedai-kedai mahal yang lain. Jadi tunggu apa lagi, jom kita cuba sekarang!

Selamat mencuba!

Kredit: Ahamd Ilmi Ghazali Via SMAHI

Baca juga: Ini Dia Resepi Sos Black Pepper Viral, Tersangat Sedap Dan Tak Muak

tags: | |