Setiap kali membeli makanan dari kedai atau pun ada yang menghulurkan makanan pastinya ia datang dengan pelbagai jenis bentuk kan. Ada yang menggunakan bekas plastik, bekas polisterin dan juga bekas bulat. Pelbagai bentuk bekas makanan yang comel dan nampak kemas sebenarnya.
Berkenaan dengan bekas makanan ini, heboh di aplikasi TikTok berkenaan dengan seorang wanita yang menggunakan tangan untuk mengambil kuah dari bekas makanan yang mempunyai dua ruang atau pun berkotak.
Kebiasaannya ruang besar tersebut adalah untuk nasi manakala yang kecil adalah untuk lauk pauk. Pastinya ramai yang tidak tahu cara mudah untuk masukkan kuah di sebelahnya tanpa menggunakan sudu kan?
Ekoran video Cigu Jie yang menggunakan tangan untuk mengambil kuah kerana tiada sudu, ada seorang pengikutnya iaitu TumpangLalu meninggalkan komen menyatakan bekas tersebut boleh dilipat atau dikepak.
@jhieyna Penat nak korek ๐ #cguJie
โฌ Dj BonBon Remix – ๐๐๐_๐ฉ๐ข๐ง๐ค๐ฒ ๏ฃฟโ
@jhieynaPenat nak korek ๐ ##cguJieโฌ Dj BonBon Remix – ๐๐๐๐๐ฎ๐ฉแดบแตแตแญ๐ฟ๐๐ธ๐ณ๐ด
Kemudiannya Cigu Jie melakukan apa yang disarankan oleh pengikutnya tadi. Memang sangat mudah. Jimat masa dan tak perlu guna sudu. Jom kita tengok cara yang dikongsikan oleh Cigu Jie ini.
@jhieyna Reply to @tumpanglalu2021 siapa lagi begini? ๐๐ปโโ๏ธ kita geng ๐ค๐ป๐ค๐ป๐
@jhieynaReply to @tumpanglalu2021 siapa lagi begini? ๐๐ปโโ๏ธ kita geng ๐ค๐ป๐ค๐ป๐โฌ #FoodDance – Jaydenhawkeycomauwwwkissuk
Mesti ramai kan yang baru tahu cara mudah nak menggunakan bekas makanan seperti ini? Lepas ni kalau pergi mana-mana, tiba-tiba tak ada sudu. Bolehlah korang ikut cara ini.
Kredit: TikTok Cigu Jie
Baca juga: Jangan Panik Semut Masuk Dalam Bekas Gula, Ikut Tips Ini Untuk Halau Tanpa Membunuh