Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Punyalah Mudah Nak Buat Puding Roti Caramel Ni, Makan Sejuk-Sejuk Serius Sedap!

Punyalah Mudah Nak Buat Puding Roti Caramel Ni, Makan Sejuk-Sejuk Serius Sedap!

Kategori:
puding roti caramel

Teringin nak makan sesuatu yang sejuk ditekak dan mudah untuk dibuat? Jom cuba buat puding roti caramel mudah ini. Sesuai untuk dimakan seisi keluarga pada waktu petang atau bila-bila masa sahaja.

Bahan-bahan yang digunakan juga tidak rumit dan mudah untuk didapati. Hanya perlu menggunakan 5 bahan sahaja untuk membuatnya. Selamat mencuba ya!

Punyalah Mudah Nak Buat Puding Roti Caramel Ni, Makan Sejuk-Sejuk Serius Sedap!

Bahan-bahan:

  • 6 keping roti
  • Telur 4 biji
  • 1/2 tin susu cair
  • Gula
  • Esen Vanilla

Cara-cara:

  1. Blend semua bahan.
  2. Untuk sos karamel, panaskan gula atas loyang sehingga cair.
  3. Kemudian tuangkan bahan blend tadi.
  4. Kukus selama 25 minit.
  5. Siap!

Kredit: ASH (Foodhunter) @Ashril_92

tags: