Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Ini 3 Kaedah Yang Betul Untuk Semai Daun Sup Supaya Cepat Tumbuh Dan Subur, Siap Boleh Jual Lagi!

Ini 3 Kaedah Yang Betul Untuk Semai Daun Sup Supaya Cepat Tumbuh Dan Subur, Siap Boleh Jual Lagi!

Kategori: ,
cara tanam daun sup

Daun sup merupakan antara sayuran yang kaya dengan zat besi, fosforus, natrium, kalium, karotena, vitamin A, B kompleks dan C serta magnesium. Daun sup ini sering dimasukkan ke dalam masakan bersup atau berkuah. Selain itu ada juga yang masukkan daun sup ini ke dalam makanan bergoreng dan telur dadar.

Bagi anda yang masih tertanya-tanya cara atau kaedah yang betul untuk menanam atau semai daun sup agar tumbuh elok. Jom baca perkongsian penanamam daun sup oleh Pyan Sempoi ini.

Cara menanam atau menyemai daun sup

Kaedah Pertama : Semai Biji Benih

  1. Siapkan media tanaman. Saya guna campuran cocoapeat + sekam bakar + tanah hitam (nisbah 1:1:1) Lepas isi ke bekas (cup) saya siram siap-siap.
  2. Tabur biji benih sikit je. Tak perlu banyak. Tak perlu timbus dengan media lagi sebab biji sup ni halus. Lepas spray nanti dia akan terbenam sendiri kat celah-celah media. Banyak yang gagal sebab ni lah, benih yang bercambah tak dapat tembus tanah untuk dapat cahaya.
  3. Spray dengan air, cukup 1-2 kali tembak je. Kemudian letak tempat teduh, spray 2x sehari pagi dan petang. InsyaAllah tumbuh selepas 7-10 hari. Kalau 2 minggu tak tumbuh-tumbuh jugak bererti gagal, kena cuba lagi.

Kaedah Kedua: Tanam Semula Akar Pokok Matang

  1. Pilih pokok sup yang masih segar dan ada banyak akar yang masih warna putih serta ada anak atau tunas kecil. Potong semua batang kecuali tunas-tunas kecil.
  2. Rendam dalam air bagi tenggelam akar saja untuk aktifkan akar selama 1-2 hari. Dah boleh tanam jika nampak akar makin sihat + tunas makin segar & membesar.
  3. Siram sikit-sikit je jangan terlebih air, antara lain penyebab ramai yang gagal sebab media terlalu lembap atau basah. Letak tempat teduh dulu 1-2 minggu.

Kaedah Ketiga: Tanam semula anak-anak pokok yang tumbuh dari induk pokok hasil dari kaedah 1 atau 2.

  1. Pokok induk mesti sihat dan subur serta ada banyak anak-anak pokok yang baru keluar. Pilih yang bersaiz setengah jengkal ke atas.
  2. Cabut perlahan-lahan. Syarat kena ada akar bersama anak pokok tu. Kalau takde akar agak susah nak tumbuh.
  3. Tanam dan letak dekat tempat teduh selama 1-2 minggu sampai pokok stabil. Siram sederhana, sama macam kaedah 1 atau 2. Jangan terlebih air.
  4. Anda boleh pilih mana-mana kaedah diatas. Insya Allah boleh makan hasil berbulan-bulan jika rajin praktikkan kaedah nombor 3.

Mudah sahaja kan nak tanam daun sup ni? Selepas ni boleh lah tanam banyak-banyak. Boleh juga buat jualan. Kalau tak nak jual pun boleh bahagi dekat jiran-jiran.

Sumber : Pyan Sempoi (Kebun Sayur, Bunga Dan Buah-Buahan)

Baca juga : Petua Simpan Daun Ketumbar Supaya Kekal Segar & Hijau Selepas ‘Sebulan’

tags: |