Langkau ke kandungan

Cara Masak Sup Ayam Ala Thai, Rasanya Dah Macam Dekat Thailand Dah. Memang Super!

Resipi

16 bahan, 7 langkah

Terus ke resipi
Sup Ayam Ala Thai

Kepada yang pernah atau selalu ke Thailand mesti anda pernah rasa dan nikmati kan sup ayam Thai di sana kan? Rasanya memang lain sangat berbanding dengan versi Malaysia punya.

Apa-apa makanan di negeri sana semuanya sedap belaka. Kerana ia dilengkapi dengan semua rasa. Rasa masam, rasa manis, rasa masin semua ada. Memang sedap! Jadi ini dia cara masak sup ayam ala thai, rasanya dah macam dekat thailand. Cubalah buat.

Resipi Sup Ayam Thai Yang Mudah & Sedap!

Bahan Tumis:

  • Bawang putih | ditumbuk
  • Halia | ditumbuk
  • Bawang Merah | dipotong
  • Bawang besar | dipotong
  • Serai | dipotong
  • (Berapa biji kuantiti bahan tumis, depends on kuantiti ayam dan kuah sup)
  • Daun limau purut

Bahan Lain:

  • Hirisan lemak ayam
  • Ayam
  • Celery
  • Carrots
  • Sup Bunjut Adabi
  • Garam
  • Gula
  • Maggi cukup rasa
  • Thai Fish sauce

CARA PENYEDIAAN:

  1. Panaskan minyak. Tumis semua bahan tumisan dan campurkan hirisan lemak ayam. Nak letak daun limau purut pun boleh. Tumiskan sehingga layu/garing/wangi. Api medium.Cara Masak Sup Ayam Ala Thai, Rasanya Dah Macam Dekat Thailand Dah. Memang Super!
  2. Masukkan air secukupnya.
  3. Apabila air dah menggelegak baru masukkan ayam. Kemudian baru campakkan carrot and celery.Cara Masak Sup Ayam Ala Thai, Rasanya Dah Macam Dekat Thailand Dah. Memang Super!
  4. Kemudian tutup periuk dan tunggu sekejap.
  5. Masukkan pula sup bunjut adabi, garam, gula, maggi cukup rasa dan thai fish cake.Cara Masak Sup Ayam Ala Thai, Rasanya Dah Macam Dekat Thailand Dah. Memang Super!
  6. Apabila nampak dah nak masak masukkan pula daun ketumbar, hirisan daun bawang, cili potong, tomato dan daun limau purut.Cara Masak Sup Ayam Ala Thai, Rasanya Dah Macam Dekat Thailand Dah. Memang Super!
  7. Akhir sekali masukkan air limau nipis dan siap untuk dihidangkan.

Mudah sahaja kan nak buat Sup Ayam Ala Thai ini? Nak buat hari-hari pun boleh sebab terlampau mudah. Campak je semuanya ke dalam kuali dan rasailah sendiri keenakkannya. Sangat luar biasa.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber: Tini Joe

Baca juga: Viral! Resepi Telur Goreng Cripsy, Mudah & Sangat Sedap. Rasa Macam Kulit Ayam!

Cik Lawa

Penulis Daily Makan.

Semua tulisan Cik Lawa