Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Cara Mudah Untuk Atasi Masalah Kelemumur Dengan Menggunakan 2 Bahan Sahaja Di Dapur

Cara Mudah Untuk Atasi Masalah Kelemumur Dengan Menggunakan 2 Bahan Sahaja Di Dapur

Kategori:
CARA MUDAH UNTUK ATASI MASALAH KELEMUMUR

Kelemumur merupakan masalah pada kulit kepala yang boleh menyebabkan kegatalan dan ketidakselesaan. Walaupun tidak boleh dijangkiti dan tidak merbahaya, ia boleh membuat sesiapa sahaja hilang keyakinan dengan penampilan diri.

Jika anda sudah mencuba pelbagai jenis syampu di pasaran namun masih lagi menghadapi masalah kelemumur, terdapat beberapa cara tradisional yang menggunakan bahan semula jadi untuk merawatnya. Disini Leha Yusuf telah kongsikan cara mudah

Cara Mudah Untuk Atasi Masalah Kelemumur

Bahan-Bahan

  • 10 helai daun limau purut
  • Sedikit air CARA MUDAH UNTUK ATASI MASALAH KELEMUMUR

Cara Penyediaan

  1. Ambil daun limau purut dan kisarkan bersama sedikit air. Jangan terlalu cair.
  2. Jika rajin, boleh juga ditumbuk menggunakan lesung sehingga menjadi pes.
  3. Selepas bersyampu, ambil pes limau purut yang telah disediakan dan lumurkan di atas kulit kepala.
  4. Ratakan ke seluruh kepala dan rambut.
  5. Urut kepala supaya pes limau purut tadi meresap sepenuhnya. Biarkan seketika selama 1 hingga 2 minit. Kemudian, bilas sehingga bersih. CARA MUDAH UNTUK ATASI MASALAH KELEMUMUR

Sifat antimikrob daun limau purut diolah untuk mengatasi masalah kelemumur apabila sebatian bioaktif daun limau purut mampu merencatkan pertumbuhan mikroorganisma Candida Alcicans yang sinonim dengan pertumbuhan kelemumur.

Selain untuk mengatasi masalah kelemumur, daun limau purut juga dapat membantu masalah rambut berbau kerana ianya semula jadi wangi dan mampu menyihatkan rambut anda. Ekstraknya juga ada digunakan sebagai bahan dalam pelbagai jenis syampu di pasaran.

Semoga tips ini mampu membantu mengatasi masalah anda.

Kredit: Leha Yusuf

Baca Juga: Masih Muda Tapi Rambut Dah Beruban & Tak Bermaya? Atasinya Guna Petua Mudah Ini Dengan 2 Bahan Sahaja

 

 

tags: |