Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Cara Mudah Untuk Menyediakan Bibimbap Di Rumah. Yang Penting Mudah & Sihat Untuk Dimakan

Ini Cara Mudah Untuk Menyediakan Bibimbap Di Rumah. Yang Penting Mudah & Sihat Untuk Dimakan

Kategori: ,
BIBIMBAP

Bibimbap merupakan antara hidangan Korea yang makin dikenali di Malaysia. Dihiasi dengan pelbagai jenis sayuran bersama hirisan daging dan nasi, ianya seperti nasi campur tapi dengan versi yang lebih sihat.

Untuk anda yang sedang mengawal pemakanan atau ingin meningkatkan pengambilan sayur-sayuran dalam pemakanan anda, boleh lah cuba resepi bibimbap ini yang telah dikongsikan oleh Zurina Zulkefli.

Resepi Bibimbap

Bahan-Bahan

  • Daging kambing (dihiris memanjang)
  • Lobak merah (dihiris memanjang)
  • Timun jepun (dihiris memanjang)
  • Segenggam tauge (dicuci bersih)
  • Sawi jepun (diketepikan bahagian keras dan dicuci bersih)
  • Sebiji telur ayam (dicuci bersih)
  • Sos tiram
  • Kicap cair
  • Nasi yang telah dimasak.
  • Biji bijan
  • Minyak masak atau minyak bijan BIBIMBAP

Cara Penyediaan

  1. Perapkan daging kambing dengan kicap cair dan sos tiram selama 10 minit. Tak perlu garam.
  2. Panaskan sesudu kecil minyak masak atau minyak bijan. Goreng lobak merah ke atas kuali sehingga lembut. BIBIMBAP
  3. Goreng hirisan timun Jepun sehingga lembut. BIBIMBAP
  4. Masakkan daging kambing yang diperap tadi dengan api yang perlahan. Daging tak perlu garing atau kering, biarkan daging masak, lembut dan berjus. BIBIMBAP
  5. Untuk tauge dan sawi Jepun, rebus dan toskan.
  6. Goreng telur mata, bahagian kuning biarkan sedikit cair.
  7. Sediakan mangkuk sederhana besar, letakkan dua senduk nasi. BIBIMBAP
  8. Susun bahan yang dimasak pada permulaan tadi. Aturannya, ratakan nasi, kemudian letakkan telur mata di tengah-tengah. Susun sayuran mengelilingi telur mata. Kimchi dan gochujang (pes cili Korea) boleh dibeli di sini. BIBIMBAP
  9. Kemudian, taburkan sedikit biji bijan, sedikit sahaja. Tak perlu banyak. BIBIMBAP
  10. Siap, sedai untuk dimakan. BIBIMBAP BIBIMBAP

Rupanya mudah sahaja untuk menyediakan bibimbap ini di rumah. Malah, anda juga boleh menggunakan apa jua sayur-sayuran dan protein yang digemari. Boleh diubah suai mengikut citarasa diri sendiri, hidangan ini bagus untuk diamalkan sepangjang hari.

Kredit: Zurina Zulkefli via MAHN

Baca Juga: Cara Buat ‘Kek Ayam’ Ala Makanan Korea, Cicah Dengan Sos Serius Sedap!

tags: |